Serunding Daging Paling Sedap Untuk Pencinta Serunding!

30/05/2022 by No Comments

Pencinta serunding mesti kena baca artikel Cik Min ni… Kali ni kita nak sembang sikit pasal serunding daging yang paling sedap! Mesti Tuan/Puan tertanya-tanya, serunding apa yang Cik Min dok sembang ni, kan? Yelah, sampai dapat title “Serunding Daging Paling Sedap” gituuu. Ada ke serunding daging yang paling sedap di Malaysia ni? Bukan serunding ni, semuanya rasa sama aje ke?

Haaa, kalau nak tahu kenalah baca artikel Cik Min dulu, hihi…

Serunding Daging Authentic Paling Sedap Dari Kelantan

serunding daging paling sedap

Untuk pengetahuan semua, serunding, seronding atau juga serundeng, merupakan sejenis makanan yang diperbuat dengan gabungan daging dan rempah ratus. Dimasak sehingga kering, dan kadangkala sedikit berminyak, terutamanya bagi serunding daging. Kebiasaannya, serunding ni terdiri daripada beberapa jenis iaitu serunding ikan, serunding daging dan serunding ayam. Tambahan lagi, serunding juga berasal dari negara kita yang terletak di Kelantan sana! Mesti ramai yang tak sangka, bahawa makanan kegemaran ramai ini berasal dari tanah air kita sendiri kan? Haaa, bangga dok…

Tidak dinafikan juga, memang ramai je usahawan yang mengeluarkan produk serunding ni, malahan, ada yang juga claim produk mereka asli dari Kelantan. Ish, tah betul ke tak tu, Cik Min pun tak tahu… Apa yang Cik Min nak cuba sampaikan ialah, apabila ramai sangat yang dok menjual serunding ni, kita sebagai penggemar serunding ni pun sampai tak tahu dah nak pilih mana satu yang aunthentic dari Kelantan tu. Betul tak? huhu…

Tapi jangan risau, sebab kali ini Cik Min akan bantu Tuan/Puan untuk mendapatkan serunding asli yang memang datang dari Kelantan! Untuk pengetahuan semua, HajiWan serunding merupakan brand yang paling recommended oleh pencinta serunding tau! Tak percaya?! Cuba risik-risik sikit laman portal HajiWan ni ya… Tapi, baca artikel Cik Min sampai habis dulu tau!

HajiWan Serunding Paling Best | Resepi Asli Kampung Laut, Kelantan

serunding daging paling sedap

HajiWan serunding ni memang pilihan orang ramai tau, Tuan/Puan… Penghasilan HajiWan serunding juga telah menggunakan resepi turun-temurun sejak tahun 1976 lagi! Confirm sedap punyalah kalau dah menggunakan resepi yang lebih dari 30 tahun ni. Lamaa tuuu… Bak kata mak orang-orang tua, resepi tu kalau lagi tua umurnya, lagi sedappp!

Ehem, nasib baik umur resepi tu lagi tua daripada Cik Min, haha… Okay, back to our topic!

Bukan itu sahaja, resepi yang digunakan juga merupakan resepi asli dari Kampung Laut. Hah! Ni yang nak habaq mai kat Tuan/Puan ni… Kampung Laut ni terletak di Tumpat, Kelantan tau. Ia memang terkenal sebagai tempat utama penghasilan serunding. Hebat bukan?! Dah terbukti, HajiWan Serunding ni memang bukan serunding yang biasa-biasa.

Penghasilan Serunding Daging Paling Sedap HajiWan

Penghasilan serunding memang sangat rumit, dan proses pembikinannya itulah yang akan menjamin kualiti serunding yang dihasilkan tau! Kalau silap sikit, sudah pasti serunding yang dihasilkan akan mendatangkan masalah seperti berbau hapak atau tidak tahan lama.

Namun jangan khuatir, sebab HajiWan Serunding memang menggunakan rempah ratus dan bahan yang berkualiti tau! Cara memasaknya juga agak rumit dan memakan masa yang sangat lama. Haaa, nak tahu sebab apa? Sebab, prosedur memasak serunding ni, contohnya untuk serunding daging, ia perlu melalui beberapa proses yang rumit. Bermula dengan pengasingan daging daripada lemak, pemotongan, pembersihan, sehinggalah proses merebus daging sampai empuk, kemudian dicarik-carik pula dagingnya untuk persedian menggoreng… Nampak mudah bila dibaca kan? Tapi bila bab nak buat tu, renyahhh!

Eh choppp, belum habis lagi! Meh sambung baca bebelan Cik Min tentang prosesnya dulu

Diikuti lagi dengan proses penyediaan ramuan dan rempah ratusnya, semua ini akan dimasakkan bersama santan segar, dan perlu dikacau berulang kali tanpa henti! Ia adalah bagi memastikan masakan tersebut betul-betul kering. Cik Min dengar, proses pengeringan je dah ambil masa 5 hingga 6 jam, perghhh lama benorrr…

Itu pun baru proses pengeringan. Belum lagi cerita proses merebus, mencarik dan sebagainya. Jadi, Tuan/Puan tak perlulah susah-susah penatkan diri ya! Boleh sahaja dapatkan serunding daging paling sedap ni di website HajiWan Serunding terus!

Berita terbaik buat Tuan/Puan semua! HajiWan Serunding ni bukan takat ada serunding daging aje… Serunding ayam, ikan dan kambing pun ada tauu! Untuk lebih jelas tentang proses masakan serunding tadi, boleh lihat video yang Cik Min selitkan dibawah ni ya.

Video cara penghasilan serunding daging paling sedap yang dimuat turun dari akaun Youtube HajiWan Serunding.

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini, jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal CeritaMalaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *