Serunding Ayam Kampung Laut l Highly Recommended!

27/05/2022 by No Comments

Serunding ayam Kampung Laut? Highly recommended? Sedap ke? Bukan semua serunding sama je ke? Ada beza ke? Haaa… Siapa kata semua serunding sama? Mestilah ada sedikit perbezaan kan… Tapi, perbezaan yang macam mana tu Cik Min?

Jeng, jeng, jeng… Nak tahu ke tu? Kalau nak tahu, jom baca perkongsian Cik Min kali ini tentang ‘Serunding Ayam Kampung Laut’.

Serunding Ayam Kampung Laut, Pilihan Setiap Pengguna!

Salah satu makanan yang sedang menjadi bualan mulut masyarakat Malaysia kini, tidak lain, tidak bukan, serunding! Siapa je yang tak suka makan serunding ni? Nak-nak lagi zaman sekarang ni, bermacam jenis serunding pun ada! Terutamanya, serunding ikan, ayam dan daging. Hat tiga ni, memang all time favorite semua orang! Sekarang pun ada satu lagi keluaran serunding terbaru iaitu, serunding kambing. Perghh, memang terangkat! Baru dengar je dah terangkat. Kalau dah rasa nanti, auto terbanglah ceritanya! Haha…

Tapi walau macam manapun, dalam banyak-banyak jenis serunding, serunding ayam Kampung Laut jugalah yang paling menjadi pilihan pengguna tau! Macam biasalah, bila bercakap pasal serunding ni, sinonimnya adalah, HajiWan Serunding!

Nak tahu kenapa? Sebab, rata-rata pembaca Cik Min adalah ibu-ibu yang bekerja. Jadi, dengan adanya serunding daripada HajiWan Serunding ni, memang sangat menyenangkan tugas mereka! Yelah, kadang-kadang anak balik sekolah, tapi ibu-ibu masih lagi di tempat kerja. Betul kan? Tapi, dengan adanya HajiWan Serunding di rumah, bolehlah dijadikan sebagai makanan lazat segera untuk seisi keluarga di rumah tu… Anak-anak pula memang favourite sangat la kalau serunding ayam tu dibuat makan dengan nasi atau roti. Haaa, tak caya Cik Min ke tu? Takpa, jom tengok ni:

Banyakkk lagi makanan yang sesuai digandingkan dengan serunding ayam Kampung Laut HajiWan ni sebenarnya… Tuan/Puan ingat, waktu perayaan je ke boleh makan serunding? Salah tau! Bila-bila masa pun boleh aje, hihi… Bak kata pembaca Cik Min, serunding HajiWan ni memang wajib ada dekat rumah.

Ada yang nak tutorial sandwich serunding ayam Kampung Laut HajiWan ni ke? Boleh tengok video ni ya.

Video tutorial membuat sandwich serunding yang di muat naik oleh Tuan Haji Wan di akaun YouTube asli HajiWan Serunding.

Kenapa HajiWan Serunding Ayam Wajib Ada Di Rumah Anda?

Bagi Tuan/Puan yang sibuk dengan berkerja, terutamanya para ibu, sangat WAJIB tau simpan stok HajiWan serunding ayam ni di rumah. Kenapa Cik Min cakap begitu? Ini antara sebabnya:

1. Serunding ayam Kampung Laut – Ready to eat!

Dengan adanya serunding ayam HajiWan ni, Tuan/Puan dah tak payah risau anak-anak di rumah tu nak makan apa, atau siapa yang nak masakkan untuk mereka. Terkadang, kita gemar membeli makanan sejuk beku yang perlu dipanaskan menggunakan kuali, betul tak? Bila anak takda depan mata ni, kadang risau jugalah nak percayakan mereka di dapur tu kan? Hihi

Tapi, sekarang tak perlu risau dah, sebab serunding daripada HajiWan serunding ni boleh terus dimakan begitu sahaja! Tak payah nak microwave, atau panaskan di atas kuali! Tak perlu susah-susah dah Tuan/Puan oiii… Tinggal dapatkan terus serunding ayam Kampung Laut dari HajiWan serunding tu. Bila dah ada stok, tinggal buka dan makan terus dengan menu pilihan! Contohnya DIY sandwich, dengann nasi panas atau Maggi dll ! Insyallah, dijamin selamat, anak-anak pun kenyang!

2. Produk serunding ayam Kampung Laut memang tahan lama

Dengan produk HajiWan serunding, Tuan/Puan tak perlu nak simpan serunding dalam freezer atau chiller ya. Tuan/puan letak je dekat mana-mana tempat yang mudah untuk diambil atau dicapai!

Seriuslah Cik Min? Ya, Cik Min serius…

Salah satu sebabnya ialah, produk HajiWan serunding sememangnya tahan lama sehingga 1 tahun tau! Tak perlu dibekukan pun… Hanya perlu letak di kawasan bersuhu bilik aje  tapi elakkan daripada kena cahaya matahari takut serunding ayam Tuan/Puan mudah tengik. Padu tak padu HajiWan Serunding ni?

3. Tekstur dan rasa yang istimewa

Serunding ayam ni memang recommended untuk kanak-kanak, kerana teksturnya lebih lembut berbanding daging. Selain itu, jika dibandingkan dengan jenama lain, tidak kira serunding ayam mahupun daging, tekstur mereka adalah lebih keras. Namun, dengan HajiWan Serunding, hampir kesemua produk serundingnya bertekstur lembut dan sangat mudah untuk dimakan oleh seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak!

Penghasilan Serunding HajiWan juga menggunakan bahan-bahan serta rempah ratus yang berkualiti. Ehhh, rasanya sederhana pedas dan sangat sesuai untuk semua golongan umur. Selain tu, Cik Min faham juga bahawa ada di antara Tuan/Puan yang risau dan takut jika anak-anak tercekik apabila makan serunding kan? Tapi percayalah, HajiWan Serunding ni memang lain daripada yang lain! Tak percaya juga? Kalau macam tu, Tuan/Puan kena cuba dan rasai sendirilah… Boleh dapatkan di laman portal HajiWan Serunding ya.

4. Serunding ayam Kampung Laut sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana

serunding ayam kampung laut

Adakala, mesti Tuan/Puan nak bersarapan pun tak sempat, betul tak? Haaa, lepas ini tak ada dah istilah skip sarapan kalau simpan stok serunding daripada HajiWan ni. Apa yang pasti, Tuan/Puan boleh bawa serunding ni ke mana-mana sahaja tau! Antara sebabnya ialah, HajiWan Serunding menggunakan packaging dalam botol dan Travel Pack dalam Sachets! Macam ini!

serunding ayam kampung laut

Tinggal buka dan makan aje. Tidak seperti kebanyakan produk serunding yang menggunakan plastik berseal sebagai packaging, yang memerlukan kita untuk menggunting, kemudian perlu cari bekas sendiri untuk menyimpan pula. Hmmm, lecehh bebenor… 

Jadi, HajiWan Serunding ni sememangnya pilihan Cik Min, pembaca dan semua pengguna! Tuan/Puan bila lagi? Tak nak rasa ke serunding yang digemari ramai ni? Kalau nak, kena beli segera ya!

serunding ayam kampung laut
Free sample serunding daripada HajiWan Serunding buat para pembaca Cerita Malaysia!

Oh ya, sebelum Cik Min terlupa! Tuan/Puan boleh dapatkan serunding sample taster secara PERCUMA yang disediakan khas oleh HajiWan Serunding, untuk Tuan/Puan tau! Boleh klik di sini untuk dapatkannya sekarang juga. Siapa cepat, dia dapat!

Bagi yang ingin mendapatkan serunding daripada HajiWan, Tuan/Puan boleh layari website HajiWan Serunding untuk membuat sebarang pembelian. Jika Tuan/Puan ingin bertanyakan sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi HajiWan Serunding di talian 013-330 8552.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini, jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal CeritaMalaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *