Senarai Harga Maksimum Terkini Bagi Ayam & Telur Ayam
Keputusan kerajaan dalam mengawal senarai harga maksimum terkini bagi ayam standard & telur ayam di peringkat peruncit merupakan satu tindakan tepat sebagai usaha membantu rakyat dalam situasi ekonomi ketika ini. Dengan adanya Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) ketika ini, sedikit sebanyak dapat mengawal peniaga daripada meletakkan harga barangan dengan lebih tinggi.
Antara barangan yang terlibat dengan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia ini adalah barangan keperluan asas bagi seisi keluarga. Peniaga yang gagal untuk mematuhi peraturan-peraturan di dalam skim ini akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011.
Mari ikuti perkongsian lebih lanjut tentang senarai harga maksimum bagi ayam dan telur ayam di bawah. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada laman web Edu Bestari.
Tempoh Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia
Harga maksimum terkini bagi ayam dan telur ayam yang ditetapkan oleh kerajaan ini berkuatkuasa sepanjang tempoh berikut:
- Bermula 5 Februari 2022 sehingga 5 Jun 2022.
Jenis Barangan Harga Terkawal – Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia
Antara barangan harga terkawal bagi pelaksanaan program Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) adalah seperti berikut:
- Ayam (ayam hidup, ayam standard, ayam super)
- Telur (Gred A, B, C)
Senarai Harga Maksimum Terkini Barangan Harga Terkawal
Berikut merupakan senarai harga maksimum bagi ayam dan telur ayam di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang berkuatkuasa sehingga 5 Jun 2022.
Maklumat Lanjut Senarai Harga Maksimum Terkini Ayam & Telur Ayam
Untuk makluman lanjut tentang senarai harga maksimum terkini, anda boleh layari portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min mengenai senarai harga maksimum terkini bagi ayam dan telur ayam kali ini. Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua dalam memudahkan urusan anda membeli barangan.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem