“Selamat Hari Deepavali” daripada PM Anwar Ibrahim

14/11/2023 by No Comments

Pada 12 November 2023, sambutan Hari Deepavali, ataupun dikenali dengan nama ‘Festival Cahaya’ telah pun berlangsung di Malaysia. Ucapan “Selamat Hari Deepavali” daripada PM Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menjadi sebuah topik yang menarik untuk dibicarakan. Mari Cik Min kongsi dan ulaskan!

Ucapan daripada PM Anwar Ibrahim telah menekankan kepentingan sambutan perayaan ini. Hal ini kerana, ia melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan ke atas kejahatan, dan kuasa pengetahuan ke atas kejahilan dan keangkuhan. Melalui ucapan tersebut, beliau amat menekankan kepentingan untuk mengekalkan kepelbagaian budaya di negara Malaysia.

Sambutan Hari Deepavali di Malaysia ini hanya dirayakan oleh komuniti Hindu, namun sambutan ini juga memegang nilai istimewa dalam kepelbagaian budaya rakyat Malaysia. Ia turut melambangkan perpaduan dan nilai komuniti dalam kalangan rakyat kita yang berbilang kaum tau…

Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menekankan kepentingan untuk menjaga kekayaan budaya negara Malaysia melalui ucapan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa sebarang cubaan untuk melemahkan perpaduan dan kepelbagaian negara haruslah dielakkan sama sekali. Komitmen ini selaras dengan prinsip-prinsip ‘Madani’ Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau semenjak bergelar Perdana Menteri yang ke-10.

“Selamat Hari Deepavali” daripada PM Anwar Menekankan Konsep MADANI Malaysia

"Selamat Hari Deepavali" daripada PM
Sumber: malaymail

Konsep ‘Madani’ Malaysia ini dirumuskan oleh singkatan MADANI (keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan, Ihsan). Ia berfungsi sebagai panduan untuk memupuk nilai masyarakat yang beradab dan sopan dari pelbagai aspek. Cik Min letakkan pautan di sini untuk anda yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

“Selamat Hari Deepavali” daripada PM Anwar juga membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan sosioekonomi bagi semua warganegara Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa beliau amat menggalakkan pengagihan kekayaan yang lebih saksama, dan menyediakan bantuan seadilnya kepada yang memerlukan.

Malah, beliau juga menyatakan tekadnya untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat Malaysia, dengan fokus khas kepada komuniti Hindu. Beliau turut memberi tumpuan kepada kesejahteraan yang baik, pembangunan yang mampan, dan perpaduan antara kaum.

"Selamat Hari Deepavali" daripada PM

Perayaan Deepavali, menurut Anwar, merupakan salah satu jalan ke arah membina budaya Malaysia yang beradab, memupuk rasa hormat, dan mengekalkan harmoni antara rakyat masyarakat.

Kesimpulannya di sini, ucapan “Selamat Hari Deepavali” daripada PM Anwar Ibrahim bukanlah sekadar mencerminkan semangat perayaan semata, tetapi ia juga merangkumi visi yang lebih luas tentang ‘Madani’ Malaysia, di mana rakyat menjaga hubungan harmoni sesama kaum, serta menjadikan perayaan kepelbagaian budaya sebagai peneguh kepada kemakmuran negara Malaysia.

Sungguh mendalam mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini kan? Sekiranya anda mahukan lebih banyak artikel yang mendalam dan menarik seperti ini, anda boleh layari portal kami di Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *