Sejarah Menteri Kewangan Malaysia

07/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, telah ramai yang berkhidmat dan telah menjadi sejarah Menteri Kewangan Malaysia yang diingati sehingga kini. Menteri Kewangan merupakan ketua Kementerian Kewangan daripada Kerajaan Malaysia. Salah satu jawatan kanan dalam Kabinet Malaysia ialah menteri kewangan yang bertanggungjawab untuk menentukan dasar fiskal dan mengurus belanjawan negara.

Dalam pentadbiran kali ini, Menteri Kewangan juga berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Menteri Kewangan semasa ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memegang jawatan pada 24 November 2022. Pemegang jawatan ini akan disediakan dengan kawalan motor polis trafik pengiring dan kawalan rapat oleh Unit Tindakhas.

Senarai Menteri Kewangan Malaysia

1. Tun Sir Henry Lee Hau-shik | Mantan Menteri Kewangan Malaysia

Sejarah Menteri Kewangan Malaysia

Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (19 November 1900 – 22 Jun 1988) beliau merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama dari tahun 1957 hingga 1959. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.

2. Tun Tan Siew Sin

Sejarah Menteri Kewangan Malaysia

Tun Dato’ Seri Tan Siew Sin (21 Mei 1916 – 17 Mac 1988) merupakan Presiden MCA ketiga selepas Tun Tan Cheng Lock, ayahnya, dan Lim Chong Eu. Beliau juga merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1959 hingga 1974.

3. Tun Hussein Dato’ Onn

Sejarah Menteri Kewangan Malaysia

Tun Hussein bin Dato’ Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai “Bapa Perpaduan”.

4. Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah

Sejarah Menteri Kewangan Malaysia

Beliau juga merupakan salah seorang yang berada dalam sejarah Menteri Kewangan Malaysia. Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah dilahirkan pasa 13 April 1937. Beliau juga dipanggil Ku Li yang merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia pada tahun (1976-1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun (1984-1987).

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank). Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak.

Jelaslah bahawa, Menteri Kewangan Malaysia mempunyai tanggungjawab yang besar dalam kementerian negara. Oleh itu, kita perlu menghargai sumbangan yang pernah diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia yang terdahulu kerana telah banyak berjasa kepada negara.

Untuk membaca lanjut tentang sejarah Menteri Kewangan Malaysia boleh klik di sini .

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang sejarah Menteri Kewangan Malaysia pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Sejarah Menteri Kewangan Malaysia” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *