Satu Rumah Satu Beg Kecemasan

21/12/2021 by No Comments

Satu rumah satu beg kecemasan… Hmm, Cik Min rasa, rakyat Malaysia perlu mula mempertimbangkan kempen ini susulan kejadian banjir besar yang baru sahaja melanda negara kita baru-baru ini. Dengan persiapan awal sebegini, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan sedikit sebanyak risiko untuk panik tatkala bencana alam berlaku secara tiba-tiba.

Tujuan Satu Rumah Satu Beg Kecemasan

satu rumah satu beg kecemasan

Sebelum ini, MET Malaysia telah berkongsikan sebuah kempen, iaitu satu rumah satu beg kecemasan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana mahupun musibah. MET Malaysia membuat perkongsian mengenai kempen tersebut sempena bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 dan Hari Pengurangan Risiko Bencana Antarabangsa yang disambut pada setiap 13 Oktober 2021.

Satu Rumah Satu Beg Kecemasan: Apa yang Perlu Ada?

satu rumah satu beg kecemasan

Di luar negara, beg kecemasan ini lebih dikenali sebagai Bug Out Bag (BOB). Kempen sebegini pasti dapat membantu sedikit sebanyak persediaan awal setiap keluarga, kerana negara Malaysia juga tidak akan terkecuali daripada pelbagai jenis bencana. Menurut perkongsian Aqilah Nor di Facebooknya, terdapat 7 perkara yang boleh rakyat Malaysia pertimbangkan dalam penyediaan beg kecemasan ini:

1. Makanan

  • – Perlu ada persiapan makanan yang memberikan tenaga seperti kurma, energy bar ataupun apa-apa makanan yang mudah dibawa serta dimakan.
  • – Minima makanan adalah sebaiknya cukup untuk tempoh 72 jam, iaitu 3 hari.

2. Air Minuman

  • – Bawa air mineral sebanyak yang boleh dan juga Water Filtration System straw penapis.
  • – Ianya boleh digunakan apabila bekalan air kita habis dan perlu meminum air mentah.

3. Keselesaan dan Kehangatan

  • – Apabila perlu berada di luar rumah, kita mungkin akan terdedah kepada ancaman suhu luar yang sejuk.
  • – Oleh itu, penting juga untuk kita membawa beberapa kelengkapan pakaian serta peralatan seperti sarung tangan, sweater, beanie hat, khemah, stoking, dan juga mancis.

4. Peralatan Serbaguna

  • – Sediakan juga beberapa peralatan serbaguna yang penting seperti pisau lipat, duct tape, multipurpose glue, power bank, charging cables, travel sewing kit, life jacket, dan juga walkie talkie.

5. Perubatan & First Aid Kit

  • – Ini yang paling penting sekali! Jangan lupa untuk mendapatkan First Aid Kit anda di farmasi-farmasi berdekatan, dan pastikan ianya lengkap. Antara yang perlu di dalam First Aid Kit adalah: glove, gauze pads, bandages, antiseptic, iodine, gunting, tweezers dan juga instant ice packs.
  • – Tidak lupa juga ubat-ubatan lain seperti: Panadol, ubat-ubatan peribadi (darah tinggi, kencing manis, dll), essential oil, habbatus sauda, madu, ataupun ubat-ubatan alternatif yang lain.

6. Udara dan Penglihatan

  • – Sediakan juga peralatan-peralatan penting seperti flashlight, glow stick, air mask dan wisel survival supaya jika berlakunya kemungkinan bekalan elektrik terputus, maka peralatan-peralatan ini bolehlah digunakan untuk menarik perhatian para penyelamat.

7. Peribadi

  • – Ini antara perkara yang sangat diperlukan dalam menjaga kebersihan masing-masing ya!
  • – Antaranya ialah, tuala wanita, kain lap, berus gigi, sunscreen, baju hujan, sudu garfu plastik, dokumen-dokumen penting (kad pengenalan dan surat beranak) dan juga dompet kecil untuk duit simpanan kecemasan.

Tips Penyediaan Kempen Satu Rumah Satu Beg Kecemasan

1. Pertama, mulakannya dari sekarang! Sediakan beg dan mula menyimpan sedikit demi sedikit.

2. Mulakan penyimpanan stok bagi air mineral dan sumber makanan, terlebih dahulu.

3. Kemudian, utamakan pula barangan peribadi yang melibatkan kebersihan, keselesaan, serta ubat-ubatan.

4. Setelah itu, anda boleh teruskan dengan barangan-barangan lain seperti yang dinyatakan dalam 7 perkara di atas sehingga lengkap. Slowly, but surely!

Satu Rumah Satu Beg Kecemasan: Tambahan

Demikianlah antara 7 perkara yang anda boleh gunakan sebagai panduan dalam penyediaan beg kecemasan. Namun, terdapat satu lagi perkara penting yang Cik Min ingin katakan iaitu, pastikan segala beg mahupun bekas yang anda gunakan itu waterproof, iaitu kalis air! Ini adalah untuk memastikan agar barang-barang yang anda bawa lebih terjamin keselamatannya serta tidak rosak apabila ingin digunakan nanti.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik diĀ Cerita Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published.