Sand Art Supplier Malaysia
Anak-anak suka bermain pasir di luar rumah? Berkali-kali dilarang tapi tetap nak main juga? Nampaknya ibu bapa kena cari sand art supplier Malaysia!
Ibu Bapa Bimbang Anak Terkena Jangkitan Jika Bermain Pasir?
Ibu bapa sudah semestinya sangat sayang akan anak-anak mereka dan sedaya upaya akan menghindari anak-anak daripada terkena jangkitan kuman atau apa-apa penyakit.
Di sebalik ketegasan tersebut, ibu bapa sebenarnya bukanlah berniat untuk menghalang anak-anak mereka daripada berseronok dan bermain. Namun, ibu bapa manalah yang tak risau jikalau anak-anak sakit berpunca daripada bermain pasir di luar rumah.
Sebenarnya, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang kerana bermain pasir merupakan salah satu penyumbang dalam membantu proses perkembangan kanak-kanak.
Apakah Kelebihan Bermain Pasir? | Sand Art Supplier Malaysia
Eh? Biar betul? Main pasir pun ada kelebihan?
Ya, betul. Hakikatnya, ramai ibu bapa yang terlepas pandang akan kelebihan yang pasir berikan pada anak-anak mereka.
Jadi, sebelum Cik Min ceritakan tentang sand art supplier Malaysia, jom kita tengok apa kelebihan bermain pasir bagi kanak-kanak.
1. Mampu merangsang minda anak-anak dengan wujudnya rangsangan motor halus
Minda anak-anak mampu dirangsang apabila wujudnya rangsangan motor halus apabila anak-anak bermain pasir. Hasilnya, otot kasar dan otot halus dapat dibina menerusi aktiviti yang dilakukan ketika bermain pasir.
Contoh aktiviti yang merangsang motor halus adalah seperti menggumpal, menggenggam dan menyelerakkan pasir. Jika di pantai pula, anak-anak boleh berjalan di atas pasir yang kering ataupun basah.
2. Menjadikan deria lebih peka | Sand Art Supplier Malaysia
Kanak-kanak yang sentiasa mencari input sentuhan akan sangat gembira apabila dapat menyentuh, memerah dan bermain dengan pasir. Pasir pula merupakan bahan deria yang sangat sempurna kepada kanak-kanak. Maka, dengan bermain pasir, deria kanak-kanak akan menjadi lebih peka.
3. Mampu membentuk pemikiran yang kreatif
Cara bermain pasir tidak sama seperti permainan lain seperti bermain bola dengan menyepak dan membaling. Apabila anak-anak bermain dengan pasir, mereka terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad yang seterusnya dapat menjana idea kreatif mereka.
Setelah mempunyai idea yang kreatif, sudah semestinya anak-anak mahu merealisasikan idea tersebut. Oleh hal yang demikian, kita dapat lihat terapi pasir adalah terapi yang berkesan dan berguna kepada kanak-kanak.
Di Mana Nak Cari Pasir untuk Anak-anak Bermain?
Pantai jauh … mana nak cari pasir? Takkan nak bagi anak main pasir yang kotor di luar rumah pula, kan?Boleh bawa pasir ke rumah tak?
Jawapannya ialah, boleh!
Sand art supplier Malaysia kan ada!
Mungkin terdapat ibu bapa yang kurang berkelapangan untuk pergi ke pantai bersama anak-anak.
Usah risau lagi kerana jika anda tidak boleh pergi ke pantai untuk bermain pasir, KidsterActive boleh bawakan pasir ke rumah anda untuk anak-anak bermain!
KidsterActive ada menjual sand art, iaitu pasir yang berwarna-warni untuk anak-anak anda mewarnakan ilustrasi seperti haiwan, tumbuhan, pemandangan, dan kartun kegemaran mereka.
Justeru, anak-anak boleh bermain pasir secara kreatif dan ibu bapa juga boleh bermain bersama mereka bagi menambahkan lagi kegembiraan ketika bermain pasir tersebut.
Nak Dapatkan Info Lanjut?
Sekiranya anda mahukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan sand art supplier Malaysia, boleh klik sini. Anda juga boleh kunjungi laman Facebook KidsterActive.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Sand Art Supplier Malaysia”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim
dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab
pengirim sepenuhnya.