Rumah Kebajikan Orang Tua
Baru-baru ini, Cik Min ada terbaca satu hantaran di Facebook tentang rumah kebajikan orang tua. Rumah kebajikan orang tua merupakan idea yang sangat baik untuk orang tua tinggal dan menetap kerana tempat tersebut mempunyai banyak kelebihan dan bukanlah seperti yang orang ramai fikirkan.
Kebanyakan rumah kebajikan pada masa kini sudah moden. Bukan setakat makan dan minum sahaja yang dijaga, malahan kesihatan mental, fizikal dan emosi orang tua pun akan dipantau oleh jururawat terlatih secara harian atau sepenuh masa di samping kecanggihan fasiliti yang tersedia.
Jadi, pada entri kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda tentang rumah kebajikan orang tua. Informasi bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Facebook Puan Zeeda Aziz dan beberapa sumber yang lain.
Rancang untuk Tinggal di Retirement Home
Melalui satu hantaran di Facebook, Puan Zeeda Aziz telah berkongsi mengenai rancangan beliau dan suaminya untuk menetap di retirement home, yakni rumah kebajikan orang tua.
Berdasarkan kapsyen Facebook beliau,
“Tadi saya berbincang dengan suami tentang retirement plan. Dah tua² nanti, saya nak lepak kat retirement home ja. Ambil 1 bilik 2 orang. Tu pun kalau dia nak la. Nampaknya suami saya pun berfikiran yg sama.”
“Kenapa pilih retirement home dan bukan duduk di rumah sendiri? Sebab kami tak nak menyusahkan anak². Mereka akan keluar bekerja, bina kehidupan sendiri dan ada keluarga yg perlu dijaga. Jadi kami tak nak menjadi beban tambahan yang perlu digalas oleh anak².”
“Kami dah melihat sendiri bagaimana orang² tua yg terdekat dengan kami, dilayan seperti baju raya lama. Nak pakai.. tak muat. Nak dibuang, sayang. Jadi tersorok lah dalam almari yang gelap tanpa fungsi kecuali jadi bahan bebelan… Ahhh almari dah penuh! Nak letak baju pun tak muat!.”
“Anak² tak perlu pikul tanggungjawab menjaga kita apabila tua kelak. Kita bertanggungjawab mencari aset/harta yg cukup supaya dapat biaya kos rawatan dan penempatan di rumah pencen berbayar. Saya cakap pada suami, nanti dah tua kita jual je rumah² yg ada utk biaya hidup kita.”
“Anak² akan cari harta sendiri. Kita dulu pun start dari zero sbb kita berdua anak orang susah. Retirement home yang best adalah yang berada di depan pantai, atau ada garden yg luas untuk lepak² baca buku di waktu petang. Juga ada aktiviti sosial dan keagamaan seperti usrah dan kelas mengaji. Sesekali ada kelas belajar mengait ke, melukis ke, berkebun ke. Perancangan hari tua tidak terhad kepada duduk di rumah main dengan cucu (atau terpaksa jaga cucu). Hari tua yg baik boleh juga dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat dan menyihatkan di retirement home.“
Senarai Rumah Kebajikan Orang Tua
Cik Min juga setuju dengan pendapat puan Zeeda tersebut, tidak semestinya anak-anak yang menghantar ibu atau bapa mereka ke rumah kebajikan orang tua disebabkan mereka jahat atau mengabaikan tanggungjawab. Malah, ada dalam kalangan ibu bapa sendiri yang ingin tinggal dan menetap di tempat tersebut. Selain itu, ada juga anak-anak yang sibuk bekerja dan tidak sempat untuk menguruskan sendiri ibu bapa yang uzur di rumah. Jadi, menghantar mereka ke rumah tersebut merupakan salah satu pilihan yang tepat.
Bagi anda yang ingin tahu tentang senarai Pusat kebajikan orang tua, anda boleh semak di sini. Namun, sebelum itu anda mestilah tahu tentang petua untuk memilih pusat jagaan orang tua yang bagus. Anda boleh baca di sini.
Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min mengenai idea rumah kebajikan orang tua kali ini. Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem