Roti Massimo Naik Harga

04/01/2022 by No Comments

Baru-baru ini, syarikat The Italian Baker Sdn. Bhd. memberi kenyataan bahawa roti Massimo naik harga. Hal ini kerana, syarikat tersebut menyemak semula harga kebanyakan produknya, berikutan kenaikan kos bahan mentah.

Menerusi satu notis kepada peruncit, syarikat bakeri tersebut menyenaraikan harga peruncit dan pengguna yang disemak semula akan berkuat kuasa pada 3 Januari 2022.

“Kami di Massimo sentiasa memastikan produk kami kekal konsisten dan tidak berkompromi terhadap kualiti serta keselamatan.”
“Kami sentiasa mencari kaedah baharu untuk menambah baik tawaran kepada pelanggan.”
“Sejak beberapa tahun ini, kami berdepan peningkatan kos bahan mentah yang memberi kesan kepada kos produk bakeri perindustrian, termasuk Massimo sendiri, yang dijual di pasaran,” demikian menurut notis berkenaan.

Roti Massimo Naik Harga

Harga Baharu Bagi Roti Massimo – Harga Roti Massimo Naik

Mengikut notis yang dikeluarkan oleh syarikat itu, harga baharu pengguna adalah RM2.80 bagi roti putih sandwich 400 gram, berbanding harga runcit sebelum RM2.38. Roti putih sandwich pek 600 gram pula meningkat kepada RM4 berbanding RM3.35.

Sementara itu, roti germa gandum 400 gram akan meningkat kepada RM3 berbanding RM2.48. Roti germa gandum dengan pek 600 gram akan dijual pada harga RM4.25 berbanding RM3.71 sebelum ini. Untuk makluman pada bulan lalu, syarikat pesaingnya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. iaitu pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, mengumumkan kenaikan harga produk.

Syarikat itu dalam satu kenyataan turut menjelaskan bahawa berlakunya peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan, yang di luar kawalannya. Hal ini sekali gus meletakkan Gardenia KL dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga bagi produk Gardenia.

Roti Massimo Naik Harga

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang roti Massimo naik harga pada kali ini. Untuk info lanjut berkenaan harga baharu roti Massimo boleh layari portal Massimo.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *