Review Series Wednesday Netflix

08/12/2022 by No Comments

Selepas habis menonton 8 episod ini, Cik Min nak tulis review series Wednesday Netflix yang mula ditayangkan pada 23 November 2022. Baru 14 hari ditayangkan sehingga tarikh saya menulis review ini dan mendapat banyak review baik dari penontonnya.

Review ini mungkin mengandungi SPOILER dan tuan puan dicadangkan untuk membaca semula review ini selepas menontonnya ya. Siapa yang tak kisah, tak apalah boleh teruskan membaca. Min dah beritahu awal-awal tau.

Series Wednesday di Netflix bermula 23 November 2022

Series Wednesday ini mengandungi 8 episod dan setiap series ditayangkan selama lebih kurang 45 minit dan sesuai ditonton oleh 18 tahun ke atas.
Series ini bermula dengan Wednesday berusia 16 tahun (lakonan Jenna Ortega) yang dipindahkan ke sekolah untuk orang-orang terasing (outcast) iaitu Nevermore.

Wednesday ialah seorang remaja yang sangat ‘dark’. Suka pakai baju hitam dan jarang tersenyum. Rasanya sepanjang 8 series ni tak nampak dia senyum. Sekali yang dia senyum masa episod 7 Uncle Fester datang melawat anak buahnya ni.

Uniform sekolah Wednesday khas untuknya berwarna hitam dan orang lain semua biru

Review Series Wednesday Netflix

Cik Min tulis review ni sebab cerita ni menarik. Series arahan Tim Burton memang akan ada elemen seram tapi lawak dan mengujakan. Eh ada lawak ke ya. Taklah lawak tapi menghiburkan. Ni Cik Min kongsikan link untuk melihat senarai filem arahan Tim Burton di sini.

Watak mak Wednesday iaitu Morticia Addams dilakonkan oleh Catherine Zeta Jones sementara ayah Wednesday Gomez Addams dilakonkan oleh Luis Guzman. Adik Wednesday iaitu Pugsley Addams dilakonkan oleh Isaac Ordonez.

Review Series Wednesday Netflix
Gambar sumber Internet

Oh ye sambung. Bila Wednesday masuk sekolah Nevermore ni macam-macam peristiwa berlaku bermula daripada kematian Rowan. Rowan ialah salah seorang pelajar di Nevermore, Jericho. Dalam hutan dekat bandar Jericho ni dah ada tiga mangsa mati sebelum Rowan. Jadi detektif Gaplin banyak scene dia dalam series ni.

Bersungguhlah si Wednesday ni mencari kebenaran sampai penonton sekali terikut-ikut. Yang paling geram ialah semua orang ada potensi sebagai pembunuh.

Kekurangan series ni ialah dia ada 8 episod aje. Itu memang sebuah kekurangan terbesar haha. Cik Min ship sangat kalau ada lagi Season 2. Vibe cerita ni macam Harry Potter, Lord of the Ring dan Narnia. Cuma dengan teknologi tahun 2022 ni lagi cantik dan kemas jalan ceritanya.

Cinta tiga segi Tyler, Wednesday dan Xavier. Gambar sumber popbuzz.com

Cik Min setuju yang series ini tak sesuai untuk anak remaja bawah 18 tahun. Sebab ada dialog Wednesday yang agak sombong dan macam bagus (likegood). Tapi bila kita menontonnya sebagai orang dewasa kita akan hargai ciri-ciri yang ada pada Wednesday antaranya ialah tidak peduli apa orang kata pada kita. Dan semua orang akan mati sendirian.

Kisah cinta pula tentang cinta monyet remaja. Mungkin tak sesuai dengan masyarakat Melayu dan Muslim.

Cadangan Cik Min, sebagai orang dewasa anda harus menontonnya! Ianya menghiburkan dan akan memberi inspirasi kepada penonton (dengan caranya sendiri). Series ini dapat membawa kita ‘balik’ ke zaman muda remaja masa dengar lagu Avril Lavigne dulu aagitu!

Untuk membaca review filem Wakanda Forever di sini.

Ada yang nak pendapat tentang series ini di bahagian komen ya!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *