Review Series The Woman in the House Across the Street from the Girl in the Window

01/02/2022 by No Comments

Punyalah panjang tajuk review series The Woman in the House Across the Street from the Girl in the Window kali ini sebab memang itu tajuknya.

Bila series ni keluar di Netflix, Cik Min teruja nak tengok. Tapi taknak baca review orang lain sebab taknak terganggu. Dalam taknak baca tu, ada juga terbaca komen kawan yang cerita ni lawak dalam misteri.

Ok kalau ada lawak-lawak, Cik Min ok. Seram kalau yang terus menerus misteri nanti mengganggu emosi haha.

Tulisan ini mungkin mengandungi spoiler jadi kalau dah memang sanggup baca tu memang akan terbaca spoiler lah kan.

Kisahnya bermula dengan Kristen Bell sebagai Anna yang miserable selepas kematian anaknya dan bercerai dengan suaminya.

Pada Cik Min, intro dia Ok dan gempak. Rasa nak teruskan menonton. Anna ni suka minum dan campur dengan pil penenang yang diambilnya kadangkala menghasilkan hasilunasi.

Bab halusinasi ni Cik Min kurang gemar sebab nanti susah nak buat keputusan yang tepat terutama apabila melibatkan kematian.

Haha dah nama pun tengok cerita fiksyen mestilah dari imaginasi penulis kan. Tapi jalan cerita dan halusinasi yang watak ciptakan adalah tak best.

Kita ni sebagai penonton nak ‘play detective’ tapi bila tak cukup bukti dan bercampur dengan halusinasi, kan keliru dah kami ni.

Sudahlah dalam cerita ni Detective Lane tu asyik salah tangkap orang. Siap pakej tuduh-tuduh tau.

Cerita ini tak sesuai di tonton dengan anak kecil sebab banyak ayat kasar. Ada juga bab gaduh dan tikam menikam yang tak sesuai untuk ditonton dengan keluarga.

Bila time babak hubungan kelamin pun banyak. Remote TV kena sentiasa ada di tangan untuk fast forward.

Oh ya, Anna dalam cerita ini sangat pandai berlakon. Dia keliru sampai kita sekali keliru. Pandai lah tu kan.

Yang tak best ialah harapan yang besar kita terhadap cerita ini. Endingnya tidak kita sangka tapi hmmm bolehlah untuk series pertama.

Saya tetap akan menonton siri yang seterusnya jika ada.

Apa Cik Min belajar ialah ombrophobia iaitu takut hujan. Serius kalau orang yang takut hujan berikutan trauma sesuatu perkara, memang teruk!

Ada lagi satu, cara kematian Elizabeth iaitu anak Anna tu teruk sangat. Kalau tukar cara kematian lain pun ok kut tak efek jalan cerita sebab nak watak dia mati dan menyebabkan ibunya miserable.

Ada lagi, masa dia mesej bekas suami dia minta beli roti – nombor telefonnya lain dengan nama yang disimpan apabila Anna call dia.

Maybe ianya adalah burner phone?

Cerita ini juga buatkan kita menghargai pelukis yang berbakat dalam menghasilkan seni.

Sekian, review series The Woman in the House Across the Street from the Girl in the WindowThe Woman in the House Across the Street from the Girl in the Window.

Anna ni disayangi oleh ramai orang antaranya ialah Sloane. Siapa Sloane ni ya?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *