Review Sa Balik Baju (2021)

08/11/2021 by No Comments

Cik Min yakin ramai yang dah menyaksikan filem Sa Balik Baju yang ditayangkan di Netflix. Rata-rata netizen di media sosial dah buat review mengenai filem Sa Balik Baju ni. Kebanyakan review dan reaksi yang dikongsikan sangat positif.

Sebelum Cik Min teruskan dengan review Sa Balik Baju ni, diingatkan bahawa review ini mengandungi SPOILER. Jadi, korang boleh tonton dulu trailer di sini.

Sa Balik Baju merupakan filem terbaru terbitan Red Communications, karya empat penulis dan pengarah wanita Junad Nor, Sarah Lois, Rafidah Abdullah dan Afiza Asram.

Barisan pelakon juga sangat berbakat yang terdiri daripada Elena Moujing, Nadiya Nisaa, Juliana Evans, Sarancak, Kaka Azraff dan Mira Filzah. Setiap karakter ada kisah mereka yang tersendiri. Sudah pastinya ada mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan di sebalik kisah mereka.

Review Sa Balik Baju ini terdapat 6 kisah berbeza dalam 1 filem.

Sinopsis Review Filem Sa Balik Baju

  • Love Clicks

Hannah (Elena Moujing) sentiasa menggunakan platform digital dan merasakan dia telah jatuh cinta terhadap Pengguna Nombor 721 yang hanya dikenali menerusi aplikasi cari jodoh, “Love Clicks”. 

Masalahnya, dia tidak tahu bagaimana rupa lelaki tersebut kerana mereka hanya boleh melihat avatar masing-masing sahaja.

review sa balik baju
Love clicks. – Sumber Farhana Jafri
  • Hak Peribody

Dahlia (Nadiya Nisaa), seorang penulis majalah hilang pekerjaan apabila syarikat penerbitannya ditutup. 

Pada suatu hari, ketika Dahlia terdengar pertengkaran di antara suami dan isteri, dari situ dia mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan menjual pakaian dalam perempuan yang seksi.

review sa balik baju
Dahlia ketika berhubung dengan pelangganya. – Sumber Farhana Jafri
  • Bukan Salah Ibu Mengandung

Punca pendapatan blogger kecantikan Myra (Juliana Evans) dan suami yang merupakan pengurusnya, Irfan (Aliff Satar) tergugat disebabkan Myra sedang mengandung anak pertama mereka. 

Disebabkan Myra menghadapi alahan yang teruk terhadap bahan kosmetik, ramai klien terpaksa tamatkan kontrak bila hasil kerja Myra tak memuaskan. Tambahan pula views dan komen tak memberangsangkan seperti sebelumnya.

  • Dalam Kain

Sierra (Sarancak) merupakan influencer dan relationship coach. Dia gemar berkongsi mengenai kehidupan bersama suaminya, Hanif serta memberikan nasihat berkaitan perkahwinan.

Namun, kecoh di media sosial apabila pengikutnya terjumpa akaun suami Sierra di aplikasi “Hunny Bunny” untuk bercinta dengan perempuan lain. Ini telah menyebabkan Sierra dikeji oleh orang ramai. 

Sierra ketika berkongsi mengenai kehidupannya di socmed
Sumber: Farhana Jafri
  • Angkat Kaki

Aria (Mira Filzah) berkeinginan tinggi untuk mempunyai karier berbanding berkahwin dan mempunyai suami. Akan tetapi, bapa Aria yang terlalu melindungi anak tidak bersetuju dengan keinginan Aria dan merasakan perempuan tidak perlu untuk kerja bersungguh-sungguh.

Sumber: Farhana Jafri
  • Aset

Salina (Kaka Azraff) sentiasa malu tentang saiz payudaranya. Dia berasa terganggu apabila rakan sekerjanya berkongsi gambarnya di media sosial. 

Pertemuan antara Salina dengan Sally (Joanne Kam) di dalam bas telah menukarkan pandangan Salina untuk yakin dengan dirinya.

Pertemuan Salina dan Sally di dalam bas
Pertemuan Salina dan Sally di dalam bas. – Sumber Farhana Jafri

Review Filem Sa Balik Baju –  Bukti Masih Ada Karya Tempatan Berkualiti

Salah satu pujian Cik Min untuk filem ini ialah bagaimana pelakon itu berjaya membawa lakonan yang sangat hebat selari dengan watak dan plot cerita yang dibawakan. 

Tidak dapat dinafikan kredibiliti Nadiya Nisaa sebagai Dahlia yang menjadikan watak itu agak selamba. Begitu juga dengan pelakon lain contohnya Juliana Evans, Sarancak, Kaka Azraff dan Mira Filzah. 

Begitu juga dengan watak-watak sampingan yang menambahkan kilauan pada filem ini dan menambah lagi warna pada filem yang sudah berwarna-warni ini. 

Bukan itu sahaja, Cik Min suka dengan sinematografi yang cantik serta muzik yang bertenaga, menjadikan filem ini sebuah filem tempatan yang terbaik. 

Boleh dikatakan filem Sa Balik Baju ini bukanlah filem yang cliche. 

Terdapat Mesej yang Ingin Disampaikan 

Keindahan filem ini ialah ia menggunakan baju dalam sebagai simbolik yang ingin disorokkan di sebalik baju, tetapi ia telah mengundang halangan dalam jangka panjang terutama bagi wanita yang menghadapi liku-liku dan cabaran di zaman milenium ini.

Filem ini juga bukan memfokuskan tentang apa yang jadi di sebalik baju, tetapi menekankan juga apa yang terdapat di sebalik media sosial watak-watak dalam filem ini.

Kekuatan filem ini mula dirasai pada penghujungnya apabila ditunjukkan bagaimana watak-watak wanita cuba menongkah arus dan mencapai impian masing-masing. 

Review Sa Balik Baju – Berbaloi Untuk Ditonton

Apa yang boleh dikatakan Sa Balik Baju ini cukup menarik untuk ditonton dan berbaloi meluangkan masa selama 1 jam 40 minit.

Good job untuk team production Sa Balik Baju yang berani terbitkan karya yang mengangkat kisah kaum wanita dengan skrip dan olahan yang bagus! Ini merupakan sebab kenapa Cik Min tertarik untuk buat review Sa Balik Baju.

Cik Min sangat galakkan korang untuk tonton filem ini!

Sa Balik Baju filem Malaysia 2021 yang berkualiti boleh distrim di Netflix.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *