Review Grave of the Fireflies
Cik Min mengumpul kekuatan emosi nak tulis Review Grave of the Fireflies ini, jadi selamat membaca ya!
Anime ni mula mendapat perkongsian di TikTok, jadi saya pun cari di Internet untuk menontonnya. Katanya best, jadi jom tengok apa yang best tu.
Ianya tentang Seita (14 tahun) dan Setsuko (4 tahun) yang tinggal di Kobe, Jepun yang kehilangan ibu dan ayah dalam peperangan dunia kedua.
Jalan cerita agak perlahan tapi sedang elok untuk lebih penghayatan. Pada mulanya saya hairan kenapa lukisannya tak berapa cantik. Tapi tidaklah kisah sangat… Tapi masa nak tulis Review Grave of the Fireflies ni, baru tahu yang cerita ini disiarkan pada tahun 1988! Lama dah!
Kita je yang baru tahu tentang cerita ini!
Review Grave of the Fireflies
Seorang pengkritik filem, Ernest Rister, berkata “It is the most profoundly human animated film I’ve ever seen.”
Filem ini memaparkan sudut kanak-kanak yang perlu terus hidup selepas kematian ayah dan ibu. Pada zaman Perang Dunia Kedua, banyak serangan senjata dari udara yang menghancurkan rumah mereka.
Apabila siren kecemasan berbunyi, mereka perlu bersembunyi di tempat persembunyian bagi mengelakkan bom.
Saya pernah dengar bunyi siren itu di sebuah muzium di Osaka – di Museum of War.
Siapa yang tak susah semasa perang? Belum lagi kita bertanya pada atuk dan nenek kita kan? Pasti ada sahaja cerita perang yang mereka ketahui. Nenek saya cerita yang dia teringin nak makan nasi, tapi ibu asyik campurkan nasinya dan dilenyek bersama pisang. Mungkin supaya kelihatan lebih banyak dan mudah kenyang. Yelah, nasi pun sukar didapati waktu perang.
Macam dalam filem Grave of the Fireflies – Setsuko teringin nak makan nasi dan tak mahu bubur.
Makanan perlu dicatu ketika itu.
Filem ini tak menceritakan tentang perjalanan perang semata, kerana ia lebih mengambil sudut kehidupan dua beradik ini yang menumpang di rumah makcik dan mengalami pelbagai cabaran.
Setsuko, anak kecil yang banyak ragamnya. Kadang kita yang geram… Sudahlah abangnya tengah susah. Tapi kita lupa yang anak berumur 4 tahun itu tidak tahu apa. Dan perang tersebut telah meragut keceriaan (dan kesihatan) anak kecil ini.
Peperangan bukan sekadar siapa menang dan kalah. Namun, ia menagih banyak darah rakyat sama ada yang menang atau yang mengalah.
Serius, cerita ini meruntun hati namun di penghujung ceritanya memang mengundang air mata. Berjurai macam terjun!
Selalunya, kalau tengok filem, tangisan air mata acah-acah keluar sikit je. Tapi, filem ini buat saya keliru sehingga tidak tahu bagaimana nak hentikan air mata sendiri!
Saya sangat recommend filem ini untuk ditonton seisi keluarga. Anak kecil pun boleh tengok!
Ini trailer filem Grave of the Fireflies di Youtube
Kalau dah tengok, boleh tulis komen ya!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.