Review Drama Korea The Red Sleeve Cuff

14/12/2021 by No Comments

Anda merupakan salah seorang penggemar drama Korea? Kebelakangan ini, Cik Min lihat banyak review tentang drama korea The Red Sleeve Cuff! Mana tidaknya, lihat sahaja pelakon utama yang membintangi drama ini iaitu Lee Joon Ho. Siapa suka K-POP mesti tahu tentang Lee Joon Ho ini, kan? Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan 2PM, yang lagu popularnya “I’ll Be Back” itu. Hehehe.

Drama Korea The Red Sleeve Cuff ini ditayangkan pada 12 November 2021 sehingga 8 Januari, 2022. Drama yang berunsurkan sejarah Korea ini diterbitkan oleh MBC, karya Kang Mi Kang dan Jung Hae Ri. Drama The Red Sleeve Cuff ini mengandungi 17 episod yang ditayangkan pada hari Jumaat dan Sabtu, jam 10 p.m. Barisan pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon dan ramai lagi. Drama ini diadaptasi berdasarkan novel terkenal yang bertajuk Otsomae Beulgeun Kkeuddong, karya Kang Mi Kang.

Review drama Korea The Red Sleeve Cuff ini, Cik Min buat special untuk anda semua. Selamat membaca!

Review Drama Korea The Red Sleeve Cuff

Sinopsis Review Drama Korea The Red Sleeve Cuff

Bagi anda yang nak tengok drama ini kan, Cik Min sarankan baca sinopsis di bawah dahulu. Mana tahu anda semua berminat untuk lihat trailer dan jatuh hati untuk tengok full drama pula!

Mari baca sinopsis di bawah.

1. Putera Mahkota Yi San

Drama ini mengisahkan tentang seorang putera mahkota iaitu Yi San (Lee Joon Ho), sebagai cucunda tertua maharaja. Yi San mempunyai karakter yang sedikit tegas dan dia merupakan seorang yang agak mementingkan kesempurnaan. Walaupun begitu, Yi San berharap agar dia dapat menjadi seorang raja yang baik kepada rakyatnya suatu hari nanti.

Yi San terpaksa menggalas tanggungjawabnya sebagai putera mahkota selepas kematian ayahandanya. Tambahan pula, peristiwa pembunuhan yang dilakukan ayahandanya tersebut sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya. Yi San masih trauma apabila memikirkan peristiwa ngeri tersebut.

2. Dayang Istana

Sung Deok Im (Lee Se Young) merupakan salah seorang dayang istana yang sangat berkemahiran dalam menulis dan mentranskripsi pelbagai jenis buku. Dia juga adalah dayang istana yang bijak dan cantik. Pada suatu hari, Seung Deok Im bertemu Putera Mahkota Yi San di salah sebuah perpustakaan diraja. Kemudian, mulalah kisah bahagia di antara mereka berdua sehingga membuatkan Putera Mahkota Yi San jatuh hati kepada Sung Deok Im.

Nak tahu kisah yang seterusnya? Anda boleh tonton dulu drama The Red Sleeve Cuff ini! Anda juga boleh lihat dahulu trailer drama ini di sini.

Review Drama Korea The Red Sleeve Cuff

3. Gundik Diraja

Melihat keadaan datuknya yang menghidap penyakit Demensia, Putera Mahkota Yi San bertindak untuk mengambil alih tugas datuknya itu dan menjadi maharaja. Setelah itu, dia berhasrat untuk menjadikan Sung Deok Im sebagai gundik diraja namun, Sung Deok Im menolak. Sung Deok Im ingin hidup bebas dan tidak terikat dengan apa-apa komitmen. Dia juga berasa tidak layak menjadi seorang gundik diraja.

Sung Deok Im juga berasa menjadi seorang gundik tidak dapat memberikan kebahagiaannya buat dirinya. Tapi pada akhirnya, dia menjadi gundik kepada maharaja.

Review Drama Korea The Red Sleeve Cuff

Review Drama Korea The Red Sleeve Cuff

Review drama Korea The Red Sleeve Cuff bagi Cik Min, drama ini memaparkan jalan cerita yang sangat menarik dan seronok untuk ditonton. Hal ini kerana, setiap pelakon berjaya membawa lakonan yang sangat hebat berdasarkan plot cerita yang ingin diketengahkan.

Selain itu, Cik Min lihat Lee Joon Ho berjaya melakonkan wataknya sebagai putera mahkota dengan baik. Lee Joon Ho membawa watak tersebut dengan sangat santai dan bersahaja sesuai dengan jalan cerita drama ini. Lihat sahaja setiap babak yang dipersembahkan olehnya dalam drama ini, sangat menjadi! Terutamanya, dalam babak dia memanah seekor harimau! Cik Min juga suka lakonan daripada Lee Se Young sebagai dayang istana, nampak anggun dan cantik!

Tak lupa juga, drama ini menampilkan lakonan yang sangat hebat daripada watak-watak sampingan. Secara keseluruhannya, drama The Red Sleeve Cuff ini memang menarik dan seronok untuk ditonton.

Review oleh Netizen – Review Drama Korea The Red Sleeve Cuff

Cik Min lihat rata-rata netizen di media sosial sangat suka dan berminat dengan jalan cerita yang dibawakan, selain barisan pelakon berkualiti yang ditampilkan dalam drama ini! Ada yang beranggapan bahawa drama ini best kerana ada Lee Joon Ho, tapi bagi Cik Min jalan cerita juga memainkan peranan yang penting bagi sesebuah drama. Jadi, gandingan pelakon yang hebat dan plot cerita yang mantap menghasilkan drama yang TERBAIK!

Tengok sahaja, ilustrasi yang ditunjukkan di bawah. Cantik, kan? Ia pastinya ilustrasi yang indah buat drama ini.

Twitter: Mepreferyou

Review Drama Korea The Red Sleeve Cuff – Wajib Tonton!

Drama Korea The Red Sleeve Cuff ini sangat sesuai ditonton pada hujung minggu! Sambil-sambil berehat itu bolehlah layan drama ini.

Dah baca kan sinopsis drama Korea The Red Sleeve Cuff ini? Cik Min galakkan anda semua untuk tonton drama ini! Drama Korea The Red Sleeve Cuff yang berkualiti boleh distrim di platform Viu.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *