Ragam Aneh Si Kambing, Tuan Ikut Pening

16/05/2022 by No Comments

Jika mendengar tanpa melihat, ramai yang mungkin menyangka seorang bapa sedang memarahi anak-anaknya. Tetapi realitinya merupakan seorang penggembala yang sedang membebel kepada kambing-kambingnya. Siapa sangka, video leteran si tuan terhadap ragam aneh si kambing yang bermula di laman TikTok akhirnya menjadi tular di semua platform laman sosial.

Kambing Aneh Diberi Nama Unik

Apa yang lebih menarik tentang video yang dikongsikan oleh pemuda bernama Azroy Manaf di laman TikTok kambingyanganeh ini adalah nama yang diberikan kepada setiap kambing-kambingnya. Nama-nama seperti Kamaruddin, Sumaiyah, Mustaqim, Sofea dan sebagainya telah menjadikan Azroy dan kambing-kambingnya semakin dikenali di laman TikTok itu.

Kamaruddin Si Kambing Aneh Bawa Tuah

Bermula dengan video ragam aneh seekor kambing yang diberi nama Kamaruddin, sejak itu ladang ternakan Azroy yang terletak di  Kandang Temasik Agro Batu 9, Kampung Sungai Salak Tambahan, Gombak, Selangor semakin dikenali. Bukan itu sahaja, permintaan terhadap kambing-kambing beliau juga semakin meningkat. Kamaruddin yang boleh juga dikatakan sebagai ‘watak’ utama di dalam ladang ternakan milik Azroy ini sememangnya dikatakan aneh kerana tidak mahu memakan makanan yang disediakan untuknya. Namun, makanan yang dimakan oleh Kamaruddin ini merupakan makanan seperti kuih muih, roti dan sebagainya.

Kamaruddin yang tidak suka makan rumput | Sumber: TikTok kambingyanganeh

Sehingga kini masih ramai pengikut akaun @kambingyanganeh ini setia menantikan video yang memaparkan ragam-ragam aneh yang ditunjukkan oleh Kamaruddin dan kambing-kambing lain.

Kambing Bernama Antarabangsa

Selain Kambing yang bernama Kamaruddin, terdapat juga kambing-kambing yang dinamakan seakan-akan nama artis dan nama-nama antarabangsa seperti Siti Nur Diana, Tyson, Christopher dan sebagainya. Hal ini menyebabkan semakin ramai yang tertarik untuk menonton live dan video-video di akaun TikTok kambingyanganeh bagi melihat ragam aneh kambing-kambing selain Kamaruddin.

Kambing milik Azroy yang bernama Tyson | Sumber: TikTok kambingyanganeh

Kambing Bernama Tidak Dijual

Walaupun ramai yang tertarik dengan ragam kambing-kambing milik Azroy, namun pemuda yang merupakan bekas pegawai pemasaran ini menyatakan bahawa kambing-kambing yang diberi nama ini tidak akan dijual. Kira-kira 30 ekor kambing yang diberi nama ini tidak dijual sebagai tanda penghargaan kepda pengikut-pengikutnya di laman sosial dan hanya kambing tidak bernama sahaja yang akan dijual.

Ragam Aneh Si Kambing di Media Massa

Kini, Azroy dan kambing-kambingnya tidak hanya dilihat di laman-laman sosial. Malah, stesen-stesen televisyen dan radio juga sudah banyak yang memanggil beliau untuk ditemuramah berkenaan ragam aneh si kambing. Antaranya TV3, Astro, Stesen Radio ERA dan Harian Metro.

Komen Netizen tentang Ragam Aneh Si Kambing

Meraih 7.6 juta suka daripada netizen keseluruhan video di akaun TikTok kambingyanganeh , Cik Min lihat ramai yang terhibur dengan keletah kambing-kambing milik Azroy ini. Pelbagai reaksi yang diberikan netizen di ruangan komen.

comel comel jugak, tapi menyampah,menyakitkan hati

Ragam Aneh Si Kambing
Antara komen netizen di laman TikTok kambingyanganeh

•••

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *