Puteri Sarah dan Syamsul Yusof

25/01/2023 by No Comments

Kemelut rumah tangga di antara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sedang menjadi topik bualan terhangat di setiap portal-portal berita dan perbincangan di media sosial.

Rata-rata kaum wanita telah hadir memberikan sokongan terhadap Puteri Sarah Liyana melalui komen-komen positif di setiap posting media sosial beliau. Selain itu, terdapat juga sesetengah netizen yang melontarkan komen-komen pedas di laman sosial suaminya, Syamsul Yusof.

Cik Min lihat tindakan netizen yang melontarkan kecaman hebat kepada Syamsul Yusof ini seperti mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya rumit. Sebolehnya, kita doakanlah yang terbaik buat keluarga mereka supaya konflik rumah tangga ini berakhir dengan baik ya…

“Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain?” – Puteri Sarah dan Syamsul Yusof

Soalan yang dilontarkan oleh anak sulung Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof ini memberikan satu tamparan hebat buat Sarah, sehingga beliau terkedu.

Syaikhul Islam, iaitu anak sulung mereka itu juga ada bertanya jika bapanya, Syamsul Yusof mempunyai orang lain di dalam kehidupannya. Perkara ini turut dikongsikan oleh Puteri Sarah Liyana sendiri di laman story Instagramnya.

Ramai warganet turut terkesan dengan kenyataan Puteri Sarah Liyana tentang pertanyaan anak mereka. Namun Cik Min tetap kagum melihat kekuatan mereka sekeluarga menghadapi kesukaran yang sedang berlaku pada masa ini.

Ditambah pula dengan kecaman netizen dan pelbagai pendapat umum yang sedikit sebanyak memberikan impak negative kepada konflik mereka, Puteri Sarah Liyana tetap gagah berjuang demi masa depan yang lebih baik untuk mereka sekeluarga.

9 Tahun Menjadi Isteri Syamsul Yusof

Pergelutan rumah tangga antara Sarah Liyana dan Syamsul Yusof kini sudah hampir ke penghujungnya.

“Cukuplah 9 tahun menjadi isteri Syamsul yusof”

– Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana akhirnya memfailkan penceraian terhadap suaminya Syamsul Yusof, setelah empat tahun bergelut dengan masalah rumah tangga bersama.

Rumah tangga beliau bersama Syamsul Yusof yang didirikan sembilan tahun lalu, pada 8 Mac 2014, telah dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 tahun dan Sumayyah, 3 tahun.

Tarikh sebutan kes permohonan cerai mereka akan berlangsung pada 7 Mac di mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Cik Min doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak, semoga mereka mendapat jalan terbaik untuk keluarga mereka. Aamin…

Untuk dapatkan lebih banyak artikel menarik seperti “Puteri Sarah dan Syamsul Yusof”, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *