Pulau Terbaik di Terengganu
Waktu cuti merupakan masa yang tepat untuk kita healing dan ketepikan hal-hal kerja. Lagi seronok kalau dapat bercuti ke pulau-pulau yang berada di Terengganu tu. Kalau anda nak tahu, di Terengganu ini terdapat banyak pulau-pulau terbaik yang boleh anda kunjungi tau!
Jadi pada hari ini, Cik Min akan senaraikan sebanyak 5 pulau terbaik di Terengganu yang boleh anda lawati ketika bercuti nanti. Walaupun pulau-pulau ini terasing dari daratan, namun tetap banyak aktiviti menarik yang boleh anda dilakukan sepanjang berada di sana. Memang best…
1. Pulau Perhentian | Pulau Terbaik di Terengganu
Pulau Perhentian ini terletak di Besut, Terengganu. Pulau ni merupakan pulau yang paling best di antara semua senarai pulau terbaik di Terengganu Cik Min pada kali ini. Untuk ke sini, anda perlulah menaiki bot di Jeti Kuala Besut, dan oerjalanannya memakan lebih kurang 40 minit.
Kalau anda nak tahu, pemandangan di Pulau Perhentian ini sangat breathtaking tau! Terdapat pelbagai hidupan laut yang berbeza dan cantik-cantik dapat dilihat melalui kejernihan air lautnya. Paling menarik ialah, anda boleh mengakses aktiviti-aktiviti seperti berkayak, snorkeling dan diving berdekatan pantai, tanpa perlu ke mana-mana checkpoint jika ingin berjimat.
Pulau Perhentian ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Pulau Perhentian Besar ini sering dikunjungi oleh individu berkeluarga besar dan pasangan-pasangan yang ingin berhoneymoon kerana kawasannya lebih tenang, luas, mewah dan ‘private‘. Jika mempunyai bajet lebih, anda bolehlah menempah resort atau hotel-hotel eksklusif di pulau ini.
Untuk Pulau Perhentian Kecil pula, ia lebih sering dikunjungi oleh warga backpackers yang datang dari dalam dan juga luar negara. Di sini, terdapat pelbagai jenis chalet, restoran dan aktiviti yang boleh anda dapatkan. Senang cerita, sebaik sahaja anda keluar dari bilik chalet, pelbagai benda menarik boleh diakses secara terus.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda dilakukan di pulau ini termasuklah hiking ke poin kincir angin, snorkeling, scuba diving, parasailing, berkayak, bermandi-manda di persisiran pantai dan banyak lagi. Tidak lupa juga, mereka ada fire show hampir setiap malam tau!
Untuk mengetahui tentang resort-resort dan chalet yang ada di Pulau Perhentian terbaik di Terengganu ini, pastikan anda klik di sini.
2. Pulau Kapas
Pulau Kapas merupakan sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Untuk ke pulau ini, anda hanya perlu menaiki bot dari Jeti Marang yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit sahaja. Sambil-sambil menaiki bot tu, boleh la anda berselfie dan share di Instagram!
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan sepanjang berada di pulau ini adalah seperti snorkeling, scuba diving, kayaking, hiking ke Bukit Singa dan juga melihat persembahan pertunjukan api pada waktu malam.
Pada pendapat Cik Min, hiking ke Bukit Singa merupakan salah satu aktiviti yang wajib anda lakukan kalau datang ke Pulau Kapas ini tau! Pastikan anda tidak meninggalkan aktiviti ini jika ke sini.
Nak tahu tentang resort-resort terbaik yang berada di Pulau Kapas, Terengganu? Anda boleh klik di sini.
3. Pulau Redang | Pulau Terbaik di Terengganu
Pulau Redang ini juga merupakan salah satu daripada 5 pulau terbaik di Terengganu yang paling Cik Min recommend! Ia terletak lebih kurang 46km dari persisiran pantai Kuala Terengganu.
Untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki bot dari pelbagai hentian jeti tau! Antaranya ialah, Jeti Shah Bandar dan Jeti Merang. Kebiasaannya, pelancong lebih gemar menaiki bot dari Jeti Shah Bandar kerana ia berdekatan dengan Pasar Besar Kedai Payang. Sambil-sambil menunggu bot, bolehlah mencuci mata gituuu…
Paling best tentang pulau ni ialah, terdapat pelbagai lokasi untuk anda menyelam sambil melihat penyu secara dekat. Penyu di pulau ini memang friendly sangat! Rugi sangat kalau anda tak join trip snorkeling atau diving mereka di turtle point ini.
Baiklah, antara aktiviti-aktiviti menarik lain yang boleh Cik Min suggest kepada anda sepanjang bercuti di pulau ni adalah seperti jungle trekking, snorkeling, scuba diving dan berenang di persisiran pantai. Jika anda nak tahu tentang resort-resort menarik yang boleh dikunjungi jika ke Pulau Redang nanti, pastikan anda klik di sini.
4. Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah merupakan pulau yang diumpamakan sebagai ‘Maldives of Malaysia’ yang terletak di tengah-tengah antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Untuk pergi ke pulau ni, anda perlu menaiki bot dari Jeti Merang yang beroperasi sebanyak 2 kali sahaja dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan juga waktu tengah hari.
Antara aktiviti menarik yang anda boleh dilakukan sepanjang berada di pulau ni ialah snorkeling, scuba diving, kayaking, jungle trekking ke Bukit Batu Kucing, melihat ikan yu dan penyu serta melihat persembahan pertunjukan api pada waktu malam.
Nak tahu tentang resort yang ada di Pulau Lang Tengah, klik sini.
5. Pulau Gemia
Pulau Gemia merupakan pulau persendirian yang sesuai kepada mereka yang perlukan percutian yang bersifat privasi. Untuk pergi ke pulau ni, anda boleh menaiki bot dari Jeti Kuala Besut atau menaiki bot laju dari Jeti Marang.
Antara aktiviti menarik yang boleh dijalankan sepanjang berada di sini ialah snorkeling, kayaking, melihat penyu dan berkayak.
Yang specialnya, hanya ada satu resort sahaja di Pulau Gemia ni iaitu Gem Resort & Spa. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang resort tersebut.
Best kan kesemua pulau yang Cik Min senaraikan? Ha, tunggu apa lagi? Rancang masa cuti anda dan pergilah berkunjung ke 5 pantai terbaik di Terengganu ini!
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Pulau Terbaik di Terengganu” pada kali ini. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portalĀ Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem