Podcast Seram Malaysia

24/09/2024 by No Comments

Podcast seram Malaysia semakin menjadi pilihan ramai pada masa kini terutamanya bagi mereka yang gemar mendengar kisah-kisah menakutkan yang mampu mengusik perasaan. Dalam suasana malam yang sunyi, cerita hantu dan misteri sering kali menjadi peneman buat penggemar cerita seram. Oleh itu, banyak saluran YouTube kini menyajikan podcast seram yang menarik untuk dinikmati.

Saluran ini bukan sahaja menawarkan cerita yang menyeramkan, malahan juga memberikan pandangan tentang budaya dan kepercayaan masyarakat kita. Dengan pelbagai pilihan yang ada seperti kisah klasik hantu Melayu dan pengalaman seram.

Dalam artikel ini, Cik Min akan kongsikan beberapa saluran YouTube terbaik yang menyajikan podcast seram Malaysia.

Podcast Seram Malaysia

Top 6 Youtube Channel Podcast Seram Yang Mampu Buat Anda Meremang!

Cik Min kumpulkan senarai top 6 saluran YouTube yang paling popular. Pemilihan ini dibuat berdasarkan jumlah subscribers yang mereka miliki untuk masa kini iaitu pada bulan September 2024. Ini adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa ramai yang tertarik dengan kisah-kisah seram yang mereka sajikan.

1. Kerul Series

Podcast Seram Malaysia
Sumber: KerulSeries | Youtube Channel

Kerulseries adalah saluran YouTube yang popular dengan 748K Subscribers podcast seram yang menggabungkan kisah mistik dan pengalaman peribadi. Apa yang menjadikan Kerulseries unik ialah cara beliau membawakan kes-kes jenayah seram yang berlaku, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Saluran ini menawarkan pelbagai cerita, dari kisah jenayah hingga hantu dan fenomena paranormal. Kerulseries tidak hanya fokus kepada hantu, tetapi juga menyelami sejarah dan berita yang menyelubungi kes-kes jenayah tersebut. Membuatkan ianya menjadi seram.

Pendekatan ini telah menarik ramai pengikut, kerana mereka bukan sahaja menonton cerita seram tetapi juga dapat menambah pengetahuan tentang situasi semasa dan kisah-kisah misteri yang pernah berlaku.

Jadi, jika anda ingin mendalami dunia seram dengan sentuhan realiti, Kerulseries adalah pilihan yang tepat!

2. Ashhrapp Channel

Podcast Seram Malaysia
Sumber: Ashrapp Channel | Youtube Channel

Ashhrapp Channel yang mempunyai 732K Subscribers dan 667 videos dan semuanya adalah video mengenai pengalaman seram yang terjadi dalam dunia realiti mereka.

Di Ashhrapp Channel, ada beberapa video yang diceritakan sendiri oleh host, tetapi ada juga dengan menjemput tetamu untuk berkongsi pengalaman seram mereka.

Mengikut pengetahuan Cik Min, salah satu video paling popular dalam kalangan pencinta podcast seram adalah kisah seram Al-Hijab oleh Mikail Andre, yang merupakan pengarah cerita seram terkenal di Malaysia. Video ini memang menjadi tumpuan ramai dan membuatkan ramai subscribers baru yang mula muncul di channel ini.

3. Malam Seram

Podcast Seram Malaysia
Sumber: Malam Seram | Youtube Channel

Malam Seram ini menceritakan kisah podcast seram di Malaysia berdasarkan perkongsian daripada penonton mereka di emel serta platform yang Malam Seram ceburi. Malam Seram mempunyai 331K Subscribers dan 1.5K videos membuatkan beliau berada di tempat ketiga dalam senarai artikle kalini.

Channel ini pernah berkolaborasi secara live dengan The Segment, yang juga terkenal dengan kisah seram. Mereka melakukan live podcast tentang kisah-kisah seram yang bertajuk MALAM SERAM X THE SEGMENT | CERITA SERAM TERAKHIR 2021

Malam Seram ini selalu membuat sesi live podcast seram, berbeza dengan banyak saluran lain yang hanya muat naik video semata-mata.

Satu perkara yang membuatkan Cik Min takut nak tengok podcast seram ni sorang-sorang adalah kerana mereka sering masukkan gambar dan video yang menambahkan bayangan kepada penceritaan tersebut. Cik Min pun mula la rasa macam Cik Min ada dalam kisah tu. Memang tak berani Cik Min nak tengok podcast ni, seram gila!

4. Safwan Nazri

Podcast Seram Malaysia
Sumber: Safwan Nazri | Youtube Channel

Video podcast seram Malaysia ini baru sahaja diceburi oleh Safwan Nazri ini tetapi beliau sudah memperolehi 186K subscribers dengan 43 videos. Sebelum ini dia hanya memuat naik video yang berkaitan dengan video pendek lakonan tetapi sejak 7 bulan yang lepas beliau sudah mula memuat naik video podcast seram dan telah mencapai 555k viewers.

Ini membuatkan beliau mula memuat naik lebih banyak video podcast seram.

Dalam podcast seram Malaysia ini, host mengundang seorang tetamu bagi setiap videonya untuk berkongsi pengalaman hidup mereka. Semua tetamu beliau adalah artis terkenal di Malaysia. Ini adalah salah satu sebab mengapa video podcast ini menarik perhatian penonton. Hal ini demikian kerana, kebanyakan peminat ingin tahu pengalaman seram dari artis yang mereka minati.

Siapa tak nak dengar kisah podcast seram dari orang terkenal, kan?

5. Santai Chill

Sumber: Santai Chill | Youtube Channel

Walaupun nama channel ini tak nampak seram sangat, tapi berdasarkan 604 videos yang telah mereka muat naik, mereka bersama beberapa tetamu jemputan memang memberi pengalaman yang berbeza. Oleh kerana podcast ini lebih santai, jadi mereka memilih untuk meletakkan nama itu bagi saluran YouTube mereka.

Dalam podcast seram Malaysia ini, terdapat dua orang host yang akan menjemput tetamu untuk berkongsi pengalaman seram mereka. Tetamu jemputan ini biasanya diambil dari orang yang berkongsi cerita seram di Instagram Santaichill.

Memang menarik sebab kita dapat dengar pelbagai kisah seram dari perspektif yang berbeza-beza !

6. The Segment

Sumber: The Segment | Youtube Channel

Podcast seram Malaysia kali ini juga menampilkan beberapa kisah seram yang diceritakan oleh penonton yang ingin berkongsi pengalaman mereka. Kebanyakan penonton memilih untuk menonton video dari channel ini kerana kisah-kisahnya sesuai sebagai hiburan sebelum tidur. Dengan gaya host yang santai, tenang, dan menghayati setiap cerita.

Terdapat beberapa cara untuk penonton berkongsi kisah seram mereka kepada The Segment. Antaranya ialah:


1. Penulisan hellosegment@gmail.com

2. Voice Note

3. Pemanggil Secara Live (Pilih Kisah Seram Subscriber)

4. ManaSuka Podcast (Recorded Session) (Pilih ManaSuka Podcast)

Akhir kalam, dunia podcast seram semakin berkembang dan menawarkan pelbagai kisah yang bukan sahaja menakutkan, tetapi juga mendidik kita dengan pengajaran yang bermakan. Dari Kerulseries hingga The Segment, setiap saluran Youtube ini mempunyai keunikan tersendiri yang memberikan pengalaman yang berbeza kepada pendengar.

Jadi, jika anda seorang pencinta kisah seram, jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi semua saluran yang telah Cik Min kongsikan pada artikel kali ini. Selamat Menonton !

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Podcast Seram Malaysia ” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *