Plastik Balut Kereta Banjir
Hujan yang berlaku baru-baru ini, menyebabkan banjir teruk di beberapa buah negeri seperti Selangor dan Pahang. Ramai dalam kalangan penduduk menanggung kerugian akibat kemusnahan barangan dan kehilangan tempat tinggal. Banyak juga kenderaan yang pastinya tidak dapat diselamatkan dan ditenggelami air. Di media sosial, rata-rata netizen turut berkongsi tentang tips balut kereta ketika banjir. Jadi, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang plastik balut kereta banjir ini.
Dikatakan juga plastik balut kereta banjir ini mampu mengelakkan kereta daripada dimasuki air dan ianya sangat mudah digunakan. Sebelum itu, perkongsian yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Facebook Puan Siti Zulaikha.
Perkongsian tentang Plastik Balut Kereta
Beliau berkongsikan pengalamannya melalui satu hantaran di Facebooknya yang tular baru-baru ini berkenaan kisah benar bagaimana kereta ayahnya selamat daripada banjir. Kata Puan Siti Zulaikha, video yang tular tersebut merupakan video pada tahun 2014 ketika banjir besar yang melanda pantai timur termasuk rumah keluarganya di Kemaman, Terengganu.
Anda boleh ikuti perkongsian lanjut di bawah.
Melihat video yang dikongsikan tersebut, kelihatan sebuah kereta baru sahaja keluar daripada waterproof bag.
Puan Siti Zulaikha turut berkata, penggunaan plastik balut kereta ini sangat relevan untuk melindungi kereta daripada banjir. Pengalaman banjir yang berlaku pada tahun 2014 dahulu menjadi pengajaran buat beliau dan keluarga. Dengan adanya plastik balut kereta ini, memang sangat berbaloi untuk melindungi harta benda keluarganya.
Perkongsian ini juga membuatkan ramai netizen merancang untuk mengikut usaha yang dilakukan oleh Puan Siti Zulaikha sebagai persediaan banjir nanti.
Info Tambahan
Selepas baca perkongsian di atas, mesti anda semua ingin tahu lebih lanjut tentang plastik balut kereta ini, bukan? Cik Min ada terbaca sebuah artikel yang menceritakan tentang plastik balut kereta tersebut. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem