Pesta Salji di Genting Winter Wonderland

04/01/2022 by No Comments

Tahun baharu 2022 dah bermula! Jadi, Cik Min pasti ramai yang ingin merancang untuk bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia! Cik Min sarankan kepada anda semua untuk pergi ke pesta salji di Genting Winter Wonderland.

Seperti yang anda semua tahu, Genting Highland sememangnya mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati! Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang pesta salji di Genting Winter Wonderland ini. Informasi yang berguna ini Cik Min dapatkan daripada portal Kosmo.

Pesta Salji di Genting Winter Wonderland

Salji Turun di Genting Highland

Perkongsian daripada Kosmo tentang pesta salji di Genting Winter Wonderland.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi video serta gambar mereka bermain dengan salji.

Bagaimanapun, fenomena itu bukanlah benar-benar berlaku, sebaliknya ia merupakan tarikan terbaharu di sebuah taman tema terkenal, Genting Highlands.

Difahamkan, taman tema itu menawarkan tarikan baharu di mana orang ramai berpeluang merasai pengalaman bermain dengan salji.

Melalui perkongsian beberapa pengguna laman sosial mendapati, objek seakan-akan salji itu juga sebenarnya adalah merupakan buih sabun.

Tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati, selain menimbulkan tanda tanya, ramai pengguna memuji tarikan baharu tersebut.

“Dah pergi semalam, satu jam sekali turun, dalam 10 minit. Untuk bergambar dengan rakam video memang cantik, dengan cuaca sejuk memang boleh feeling-feeling macam di luar negara,” kata Sofea.

“Pertama kali tengok video orang share aku terkejut juga sebab ingatkan betul-betul, dengan kabus tebalnya. Salji tipu-tipu rupanya,” ujar Azizan Lee pula.

“Bawa budak-budak seronoklah mereka, tapi anak aku pun pandai kata mama ni bukan salji, buih je,” kata Puan Nazree. 

Pengalaman Ketika Berada di Genting Winter Wonderland

Menerusi satu hantaran video oleh Puan Nur Diana Ayuni di Facebook, beliau menunjukkan pengalamannya berada di Genting Highland dan merasai sendiri salji yang turun di tempat tersebut.

Dalam kapsyen beliau,

“Ramai tanya pasal ‘snow‘ kat Genting Highlands tu boleh tengok details kat sini ya🤗.”
“Sejuk berkabus ada turun ‘salji’ ala2 overseas gitu🤗.”

Video tersebut juga ada menerangkan lebih lanjut tentang pesta salji yang dimaksudkan oleh Puan Nur Diana Ayuni, iaitu:

1. Masuk secara percuma ke Genting Winter Wonderland hanya sah sehingga 2 Januari 2022, setiap 4 p.m. – 10 p.m.
2. Tempat di Central Park, Genting Skyworlds.
3. Snow keluar setiap 1 jam, selama 10 minit.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Min pada kali ini. Bagi anda yang ingin merasai pesta salji di Genting Winter Wonderland, bolehlah berkunjung ke sini ya?

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *