Penumpang Kecewa Flight Delay | Air Asia

10/05/2022 by No Comments

Penerbangan yang telah tergendala, menyebabkan penumpang kecewa flight delay dan rescheduled berulang kali oleh syarikat penerbangan Air Asia. Tindakan pihak penerbangan dalam merancang jadual penerbangan itu telah memberikan mimpi buruk kepada setiap pelanggannya ketika itu!

FLIGHT DELAY DAN RESCHEDULED

Dahulu, Air Asia pernah digegarkan dengan masalah pemulangan bayaran semula tiket penerbangan. Kini, nama Air Asia menjadi hangat semula pada hari perayaan Aidilfitri, dengan masalah flight delaynya. Selain itu, tiket juga telah dijadualkan berulang kali tanpa sebarang pemberitahuan dan telah menyebabkan pelanggan berang dengan pihak Air Asia.

Pengalaman ini telah dikongsikan oleh penumpang Air Asia di sosial media Twitter, berkaitan kekecewaan yang dialami ketika pihak Air Asia telah menjadualkan semula masa penerbangan.

“flight 6:30pm, reschedule pukul 8:40 p.m., dah pukul 9:00 p.m. masih tak boarding lagi !”

“dua kali rescheduled, dah lah tukar tak bagitahu buat suka hati dia je “

Berdasarkan akaun @Xeronexo, jadual penerbangannya pada jam 8:00 a.m. tertangguh akibat kekurangan tempat duduk walaupun tiket sudah dibeli. Hal ini menyebabkan flight delay sehingga lapan jam, iaitu pada pukul 4:25 p.m. Lebih mendukacitakan, pihak Air Asia tidak memberikan pampasan seperti makanan atau tempat penginapan untuk mereka berehat!

Perkara ini bukan sahaja dialami oleh penumpang biasa namun salah seorang ahli politik juga penumpang kecewa flight delay dan rescheduled berulang kali.

Beliau telah berkongsi pengalaman dalam menghadapi situasi flight delay bersama Air Asia. Jadual penerbangan sepatutnya pada pukul 8:00 p.m. namun, telah ditukar sebanyak dua kali. Walaupun telah ditukar kepada penerbangan yang baru, namun penerbangan tersebut masih juga lewat! Hal ini jelaslah bahawa, penumpang kecewa flight delay dan rescheduled berulang kali.

Tambahan, sebagai seorang pembeli dan pengguna, kita ada hak dan ganti rugi untuk pengetahuan semua ya

Hak Kelewatan Penerbangan bagi mengelakkan penumpang kecewa flight delay

Sebagai seorang penumpang, kita mempunyai hak ke atas kelewatan penerbangan yang berlaku. Perkara ini boleh dituntut sekiranya pihak penerbangan telah melewatkan penerbangan lebih dari waktu sepatutnya.

Kelewatan 2 jam dari waktu penerbangan

Penumpang boleh menuntut beberapa kemudahan yang diberikan:

– Makananan dan minuman

– Kemudahan untuk akses internet

– Kemudahan panggilan telefon

Kelewatan 5 jam dari waktu penerbangan

Penumpang berhak untuk menuntut beberapa kemudahan:

– Hotel atau rumah tumpangan

– Kemudahan kenderaan pergi dan balik daripada rumah tumpangan ke lapangan terbang

Untuk maklumat lebih lanjut, klik snackbackpacker.com.

Masalah flight delay ini merupakan perkara biasa sering berlaku di mana-mana lapangan terbang. Jadi, sebagai seorang penumpang yang bijak, anda perlu tahu akan hak yang boleh disuarakan dan perlulah bersabar, serta memahami situasi yang berlaku. Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini, jumpa di postingan seterunya ya!

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *