Penukaran Logo Dollar kepada Ringgit

01/12/2022 by No Comments

Penukaran logo Dollar kepada Ringgit sudah bermula sejak Ringgit diperkenalkan pada 12 Jun 1967 menggantikan Dollar Malaya dan British Borneo. Walau bagaimanapun, mata wang Ringgit tersebut masih dikenali sebagai dolar ($).

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2017), Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM20, RM10, RM5, dan RM1 serta syiling, 50 sen, 20 sen, 10 sen, dan 5 sen. Penggunaan wang syiling satu sen dihentikan pada 1 April 2008 berikutan pengenalan mekanisme membundarkan nilai kepada nilai lima sen terhampir.

Selain itu, nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Bermula Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia.

Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada tahun 1993 dan terus digunakan sehingga ke hari ini.

Sejarah Penukaran Logo Dollar kepada Ringgit

Penukaran Logo Dollar kepada Ringgit

Pada 11 November 1992, Kabinet telah mengumumkankan penukaran logo Dollar kepada Ringgit bahawa $ digantikan dengan perkataan RM untuk melambangkan matawang Malaysia. Dalam hal ini, simbol RM secara rasmi diumumkan penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Disember 1992.

Di dalam kenyataan akhbar tersebut, simbol RM akan digunakan secara rasmi untuk mengantikan simbol M$. Simbol RM ini akan digunakan didalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ia juga menyatakan, singkatan RM pertama kali digunakan oleh Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia semasa ucapan Belanjawan Malaysia 1993.

Walaupun penggunaan simbol RM ini telah diumumkan secara rasminya pada tahun 1992 tetapi pengunaan sepenuhnya singkatan tersebut mengambil masa yang lama. Pada 15 November 1993, wang syiling satu ringgit yang baru dengan perkataan 1 ringgit bagi menggantikan simbol $1 hanya mula diedarkan kepada umum hampir setahun selepas pengumuman singkatan RM oleh BNM.

Pada ketika itu Bank Negara menerangkan bahawa pengeluaran syiling itu adalah sejajar dengan keputusan kerajaan supaya simbol digantikan dengan perkataan Ringgit. Wang kertas baru dengan simbol RM hanya mula diperkenalkan kepada umum apabila reka bentuk baru wang kertas diperkenalkan untuk siri ke-8.

Jelaslah bahawa, mata wang Malaysia telah menjalani satu proses yang panjang sebelum dikenali sebagai RM yang digunakan oleh kita sehingga ke harini.

Untuk membaca lanjut tentang penukaran logo Dollar kepada Ringgit anda boleh klik di sini.

Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian Cik Min pada kali ini tentang ” Penukaran Logo Dollar kepada Ringgit”. Jom dapatkan lebih banyak artikel menarik di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *