Pengumuman KJ Tentang Pemakaian Pelitup Muka

09/09/2022 by No Comments

Pengumuman terkini yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin (KJ) tentang status pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup, kini tidak wajib lagi.

Seperti yang kita ketahui, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan seluruh rakyat untuk memakai pelitup muka pada tanggal 1 Ogos 2020 terdahulu. Namun menuju ke fasa endemik, kelonggaran pemakaian pelitup muka telah diberikan terutama di kawasan-kawasan terbuka, ketika melakukan aktiviti senaman dan juga sewaktu makan.

Pengumuman terkini KJ tentang kelonggaran pemakaian pelitup muka adalah berkuatkuasa serta merta

Pengumuman KJ Tentang Pemakaian Pelitup Muka
Sumber: bharian/Rafidah Mat Ruzki

Protokol terbaharu ini berkuatkuasa serta merta pada 7 September jam 4 petang, di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, selepas perasmian Persidangan Persatuan Ubat Generik dan Biosimilar Antarabangsa (IGBA) oleh Organisasi bagi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) 2022. Untuk info lanjut, anda boleh klik di sini.

Susulan kenyataan tersebut, terdapat banyak lontaran dan maklum balas yang telah diterima daripada orang ramai menerusi platform media sosial dan laman rasmi KKM. Rata-rata daripada mereka turut memberikan pandangan yang menyokong tindakan tersebut untuk dilaksanakan.

Melihat kepada perkembangan semasa, ia merupakan salah satu pencapaian yang sangat positif dan wajar untuk rakyat Malaysia raikan, setelah hampir 3 tahun berjuang memerangi penularan wabak COVID-19.

Situasi yang memerlukan pemakaian pelitup muka

Seperti yang diberitahu, Khairy Jamaluddin turut menjelaskan beberapa situasi yang memerlukan rakyat Malaysia untuk terus memakai pelitup muka.

Pemakaian pelitup muka tetap perlu diutamakan di kawasan-kawasan yang sesak seperti di pusat kesihatan, pengangkutan awam dan pusat membeli-belah. Individu seperti kanak-kanak dan wanita hamil juga dinasihati untuk memakai pelitup muka bagi mengurangkan sebarang risiko jangkitan.

Dalam pengumuman KJ tentang kelonggaran pemakaian pelitup muka tersebut, beliau turut memberitahu bahawa pemilik premis perniagaan tetap mempunyai hak untuk menentukan sama ada pemakaian pelitup muka adalah perlu ataupun tidak di premis mereka. Jadi, rakyat Malaysia perlulah sentiasa akur dengan hal tersebut.

Amalkan sikap toleransi dan saling menjaga aktiviti sosial

Pengumuman KJ Tentang Pemakaian Pelitup Muka
Sumber: johorkini.my/Muhamad Said Jonit

KJ turut menyambung pengumuman tentang kelonggaran pemakaian pelitup muka itu dengan menggalakkan orang awam untuk terus memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam. Hal ini kerana, tindakan tersebut telah terbukti keberkesanannya dalam memerangi penularan jangkitan COVID-19 sehingga hari ini.

Dalam pada itu, KKM turut menyatakan bahawa pemakaian pelitup muka adalah DIWAJIBKAN bagi individu yang mengalami simptom atau gejala seperti demam panas, selesema, batuk, sesak nafas atau mereka yang mempunyai penyakit-penyakit melibatkan organ jantung.

InshaAllah dengan usaha ini, ia dapat mengurangkan lebih ramai rakyat Malaysia daripada sebarang risiko jangkitan, sekali gus memberikan sokongan yang kukuh kepada kerajaan untuk beralih ke fasa endemik dengan jayanya.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Pengumuman Terkini KJ Tentang Pemakaian Pelitup Muka.” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim
dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab
pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *