Pengasas Ibu Kota Kuala Lumpur

14/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, dalam buku teks sejarah pengasas Ibu Kota Kuala Lumpur disandarkan kepada Kapitan Yap Ah Loy. Namun sebaik hal ini diketahui, ramai pihak termasuk sejarawan berpandangan itu merupakan satu penyelewengan fakta. Hakikatnya, orang yang dianggap bertanggungjawab mengasaskan Kuala Lumpur ialah Haji Abdullah Hukum.

Fakta tentang Pengasas Ibu Kota Kuala Lumpur

Pengasas Ibu Kota Kuala Lumpur
Gambar Sumber PeoplePostInsider

Haji Abdullah Hukum atau nama sebenar beliau Abdullah Rukun dikatakan tiba di Semenanjung Tanah Melayu dari Kerinci, Sumatera semasa berusia 15 tahun. Beliau bersama beberapa orang rakan merentas Selat Melaka untuk sampai ke Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Perjalanan mereka secara berjalan kaki mengambil masa selama tiga hari tiga malam. Sebaik sahaja tiba, Haji Abdullah Hukum menumpang di rumah seorang penduduk bernama Haji Abdul Ghani di Jalan Jawa atau Java Street.

Dalam buku Kuala Lumpur Dari Perspektif Abdullah Hukum, Kuala Lumpur pada ketika itu mempunyai beberapa jalan iaitu Jalan Jawa dan Jalan Pasar atau Market Street. Sementara Jalan Ampang atau Ampang Street yang kini dikenali Lebuh Ampang pula dikatakan tempat orang ceti (pemberi pinjaman) beroperasi.

Peranan Haji Abdullah Hukum

Pengasas Ibu Kota Kuala Lumpur
Ilustrasi Haji Abdullah Hukum. Sumber: Ismail Embong/Kuala Lumpur Dari Perspektif Abdullah Hukum/Berita Publishing

Pada satu ketika, beliau memohon perkenan Raja Laut iaitu putera kedua Sultan Muhammad Shah untuk mendapatkan sebidang tanah sebagai kawasan petempatan baru. Setelah diberi perkenan oleh baginda, Haji Abdullah Hukum telah membuka sebuah kampung baru di Pudu di mana ia dihuni oleh orang-orang Kerinci.

Di samping itu, Raja Laut turut berkenan melantik beliau sebagai ketua kampung di situ. Antara tanaman pertanian yang diusahakan di situ ialah pisang, sayur-sayuran, tebu dan padi.

Selepas Pudu, Haji Abdullah Hukum telah membuka dua lagi kawasan iaitu Bukit Nenas dijadikan sebagai kebun dan Sungai Putih yang kini kawasan Jalan Bangsar dijadikan sebagai kampung baru.

Untuk kawasan Bukit Nenas, beliau mendapatkan perkenan daripada seorang lagi putera Sultan Muhammad iaitu Raja Mahmud. Manakala untuk Sungai Putih pula, Haji Abdullah Hukum sekali lagi mendapatkan perkenaan Raja Laut dan kebenaran seorang saudagar British yang bernama Maxwell.

Jelaslah bahawa, Haji Abdullah Hukum telah banyak berjasa kepada negara dan seharusnya beliau dikenang oleh semua masyarakat. Oleh itu, kita semua perlu menghargai jasa tokoh terdahulu yang banyak memberi kebaikan sehingga ke harini.

Untuk membaca lanjut tentang latar belakang pengasas Ibu Kota Kuala Lumpur, anda boleh klik di sini.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang pengasas Ibu Kota Kuala Lumpur pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Pengasas Ibu Kota Kuala Lumpur” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *