Pembayaran Saguhati Jemaah Umrah

17/02/2022 by No Comments

Berikutan penularan jangkitan virus Omicron dan demi menjaga keselamatan orang ramai, kerajaan sebelum ini terpaksa membatalkan pemergian sebilangan jemaah umrah ke Tanah Suci. Pembatalan ini telah melibatkan sejumlah 8,027 jemaah umrah. Sebagai tanda prihatin, kerajaan Malaysia akan menyalurkan pembayaran saguhati kepada jemaah umrah yang terkesan, iaitu terpaksa membatalkan ibadah umrah di Tanah Suci bermula 8 Januari lalu. Namun, pihak Tabung Haji mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tentang pembayaran saguhati oleh kerajaan Malaysia kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan pemergian sebelum ini. Sebelum itu, informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.

Pembayaran Saguhati Jemaah Umrah

Saguhati kepada Jemaah Umrah

1. Kadar Bayaran Saguhati

Pengkreditan terus saguhati ke dalam akaun simpanan Tabung Haji jemaah umrah yang layak adalah sebanyak:

  • RM1,671.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata ia melibatkan sejumlah 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati berdasarkan senarai nama yang diberikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

2. Tarikh Pembayaran Saguhati

Pembayaran saguhati ini akan dibuat menerusi akaun simpanan Tabung Haji (TH) pada:

  • 18 Februari 2022.

Namun, Tabung Haji mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH. Jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun Tabung Haji sebelum 18 Februari 2022 bagi memudahkan urusan pembayaran saguhati.

Para jemaah umrah yang nak membuka akaun simpanan Tabung Haji boleh buat pendaftaran secara atas talian dengan mudah dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.

3. Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut tentang pembayaran saguhati ini, anda boleh layari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sekian sahaja perkongsian daripada Cik Min mengenai pembayaran saguhati kepada jemaah umrah kali ini. Semoga pemberian saguhati ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada jemaah umrah yang terkesan.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *