Pembatalan Konsert Bieber di Malaysia

08/09/2022 by No Comments

Pembatalan konsert Bieber di Malaysia telah mengejutkan semua pihak, terutama sekali para ‘Beliebers‘ iaitu fans kepada Justin Bieber yang sudah tidak sabar untuk ke konsert tersebut.

Menerusi posting Instagramnya pada 11 Jun yang lalu, beliau turut menyatakan bahawa penyakit Ramsay Hunt Syndrome yang dialaminya itu telah mengakibatkan kelumpuhan pada bahagian sebelah mukanya. Hal ini juga telah menjejaskan produktiviti beliau untuk meneruskan sebarang aktiviti.

Untuk makluman anda, baru-baru ini juga beliau tetap berusaha melawan penyakit tersebut dan meneruskan sebuah konsert di Rio de Janeiro.

Namun setelah konsert tersebut berakhir, keadaan beliau mulai memburuk dan berasa terlalu penat sehingga terpaksa membuat keputusan untuk menangguh sebarang konsert dalam masa terdekat ini.

Siapakah Justin Bieber?

Pembatalan Konsert Justin Bieber di Malaysia
Sumber: Kevin Mazur

Bieber atau nama sebenarnya Justin Drew Bieber, 28 tahun, adalah seorang penyanyi sensasi cilik yang telah dikenali sejak dahulu lagi. Cik Min masih ingat lagi lagu-lagu beliau seperti ‘Baby‘, ‘One Less Lonely Girl‘, ‘Never Say Never’ dan banyak lagi. Memang betul-betul mengimbau kenangan kan?

Tapi siapa sangka, beliau kini telah menjadi penanyi yang paling meletup melalui penciptaan lagu-lagu terkininya yang lebih menarik dan menepati citarasa para pedengar. Cik Min sendiri pun suka mendengar lagu-lagu beliau tau!

#JusticeWorldTour2022 | Pembatalan Konsert Bieber di Malaysia

Pembatalan Konsert Justin Bieber di Malaysia
Sumber: Twitter Justin Bieber

Pada bulan November 2021 yang lalu, Bieber telah mengumumkan tentang ‘Justice World Tour‘ yang bakal diadakan di seluruh dunia. Hal ini adalah bertujuan mengubati rindu para ‘Beliebers‘ yang sudah lama tidak menghadiri konsert beliau, ekoran daripada COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada ‘Justice World Tour‘ ini. Terdapat ramai ‘Beliebers‘ Malaysia yang telah merebuti peluang untuk mendapatkan tiket ke konsert tersebut. Tiket beliau juga sold out dalam masa sehari sahaja tau! Maklumlah, kali terakhir Bieber datang ke Malaysia adalah pada tahun 2011 dahulu. Lama sungguh…

Pembatalan Konsert Bieber di Malaysia: Justice Tour di Malaysia Masih Diteruskan?

Setelah melihat posting Bieber tentang pembatalan konsert di akaun Instagramnya, ramai peminat mulai berasa susah hati, sedih dan kecewa bahawa ‘Justice World Tour‘ tidak dapat diteruskan di Malaysia.

Namun, pihak penganjur ‘Justice World Tour‘ di Malaysia iaitu PR Worldwide, telah memuat naik satu posting di Instagram mereka dengan sebuah pernyataan bahawa tiada sebarang pembatalan konsert Bieber telah dilakukan buat masa ini, dan konsert tersebut masih diteruskan mengikut ketetapan jadual yang diberikan.

Jadi, para ‘Beliebers‘ di Malaysia jangan bersedih ya!

Get Ready to #JusticeWorldTour

Melalui berita baik ini, janganlah kita lupa bahawa kesihatan Justin Bieber tetap yang paling utama. Cik Min berharap, ‘Beliebers‘ sentiasa menyiapkan diri dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Apa pun, Cik Min berharap semuanya berjalan lancar dan anda semua boleh enjoy di konsert tersebut. Jangan lupa share pengalaman tersebut dengan Cik Min nanti ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Pembatalan Konsert Bieber di Malaysia”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *