Pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Positif COVID-19

02/12/2021 by No Comments

Pagi tadi, macam biasa, rutin harian Cik Min adalah membuka social media untuk mencari tahu berita terkini atau yang viral di dalam dan di luar negara. Sedang asyik scroll news feed, Cik Min terlihat satu posting di Facebook yang berkongsi maklumat mengenai 65 Pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang positif COVID-19.

Cik Min pun apa lagi, Cik Min tekan link yang diberikan itu untuk mengetahui maklumat dengan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut. Agak sedih kerana pelajar-pelajar yang dilaporkan positif COVID-19 itu, adalah dalam lingkungan umur 13 tahun sehingga 14 tahun.

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana keadaan mereka sekarang, kan? Mari baca maklumat yang Cik Min sediakan di bawah ini.

65 Pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Positif COVID-19

Seramai 65 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya didapati positif COVID-19. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, iaitu Datuk Radzi Jidin yang melakukan pemantauan ke sekolah berkenaan.

Berdasarkan kenyataan beliau, kesemua pelajar tersebut telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, kelmarin.

Manakala, pelajar-pelajar yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat dan saki-bakinya turut dikuarantin dan akan menjalani ujian saringan, hari ini.

Pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Positif COVID-19
Sumber: Harian Metro

Dipercayai, kes itu berpunca daripada salah seorang guru yang disahkan positif COVID-19. Selepas saringan kontak rapat dijalankan, seorang lagi guru dan enam pelajar turut disahkan positif COVID-19.

Walau bagaimanapun, enam pelajar tersebut sekarang ini berada di sekolah dan dalam pemantauan pihak sekolah.

Saringan yang dilakukan oleh PKD terhadap 200 orang pelajar itu, bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar yang tinggal di asrama.

Daripada 200 orang pelajar tersebut, seramai 65 orang pelajar disahkan positif COVID-19.

Tahukah Anda?

Ramai yang tidak faham, positif bukannya bermaksud orang itu pesakit COVID-19. – Zubaidi Ahmad

Menurut perkongsian oleh salah seorang Pengamal Perubatan Am di Johor Bahru itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya yang tersalah tafsir dengan maksud positif COVID-19.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa seseorang individu akan diisytiharkan sebagai pesakit COVID sekiranya:

  1. Ujian Serologi (RT-PCR) positif.
  2. Individu yang disaring mempunyai gejala.

Tambah beliau, bilangan sebenar yang perlu dikhuatiri adalah apabila pesakit yang disaring mula menunjukkan gejala, terutamanya ketika pesakit memerlukan bantuan oksigen (Kategori 3).

Kebanyakan pesakit dalam kategori 1 pula akan sembuh dengan sendirinya.

Cik Min harap, selepas penjelasan yang dikongsikan itu, anda semua dapat memahami maksud positif COVID-19 dan siapa yang sebenarnya layak dikategorikan sebagai positif.

Dalam pada masa yang sama juga, Cik Min doakan urusan guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang didapati positif COVID-19 tersebut dipermudahkan dan sembuh seperti sedia kala.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *