Pakej Penjagaan COVID-19 untuk Keluarga B40

06/12/2021 by No Comments

Kerajaan Malaysia sedang melaksanakan pemberian pakej penjagaan COVID-19 untuk keluarga B40 sebagai persediaan mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID-19.

Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi pada 19 September yang lalu oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Cik Min tak pasti sama ada anda semua tahu atau tidak mengenai perkara tersebut. Jika masih belum tahu, mari sini Cik Min terangkan sedikit sebanyak mengenai pakej tersebut.

Apa itu Pakej Penjagaan COVID-19 untuk Keluarga B40?

Pakej Penjagaan COVID-19 Untuk Keluarga B40
Sumber: pmo.gov.my

Pakej tersebut adalah satu inisiatif terbaru untuk membantu keluarga B40 di Malaysia sebagai persediaan bagi menghadapi era endemik COVID-19 dari segi kos untuk membeli peralatan ujian kesihatan.

Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan pakej tersebut kerana pemberian adalah mengikut data dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Namun begitu, anda boleh semak kelayakan anda di sini. Cik Min kepilkan sekali langkah-langkah yang perlu dibuat untuk menyemak status kelayakan.

  1. Tekan Log Masuk
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan Menu Semakan Status
  6. Status Permohonan akan dipaparkan
  7. Maklumat Pembayaran (sekiranya ada)

Dikhabarkan, sekarang ini, Pos Malaysia dalam proses mengagihkan pakej tersebut kepada 3.6 juta keluarga B40 di Malaysia secara berperingkat.

Senarai Peralatan dalam Pakej Penjagaan COVID-19 untuk Keluarga B40

Mesti anda, terutamanya yang dalam kalangan keluarga B40 ingin tahu peralatan apa yang ada dalam pakej tersebut, kan?

Kerajaan dah belanja banyak dah tu untuk keperluan anda. Sudah tentu kesemua peralatan tersebut sangat berkualiti dan berguna untuk kemudahan anda.

Mari lihat senarai di bawah yang Cik Min telah sediakan untuk anda.

  • 4 Unit Kit Ujian Kendiri COVID-19
  • 4 Unit Pelitup Muka Guna Semula
  • 1 Unit Oximeter
  • 1 Unit Termometer
  • Risalah Panduan Penggunaan bagi Peralatan Kesihatan

Pemberian Dos Ketiga (Booster Shot) kepada Golongan Berisiko Tinggi

Sumber: pmo.gov.my

Pada masa yang sama, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan pemberian dos ketiga atau booster shot kepada golongan yang berisiko, termasuk anggota barisan hadapan kesihatan dalam masa yang terdekat.

Keutamaan pemberian booster shot ini juga akan diberikan kepada individu berumur 40 ke atas, termasuk warga emas.

Untuk permulaan, pemberian booster shot bagi penerima vaksin Sinovac yang layak sedang dilaksanakan sejak 22 Oktober yang lalu secara berperingkat di seluruh negara.

Sumber: Harian Metro

Banyak dah usaha kerajaan untuk membantu kita untuk menghadapi cabaran COVID-19 pada tahun ini.

Oleh itu, Cik Min berharap dengan pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 untuk keluarga B40 ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi.

Kepada anda yang telah mendapat tarikh temu janji untuk suntikan booster shot, jangan lupa untuk pergi suntik, ya. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang rakyat yang prihatin.

Stay safe, semua.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *