Pakar Repair Laptop Ipoh | Chip Computer

20/05/2022 by No Comments

Aduhhh, laptop rosak… Macam mana ni?! Zaman sekarang kan, semua benda nak guna laptop. Even dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pun, kita dah mula diexpose dengan pembelajaran alaf baru iaitu, pembelajaran dalam talian. Jadi, di mana nak cari pakar repair laptop dekat Ipoh kalau laptop rosak nanti?!

Bertenang semua, Cik Min kan ada..

Pening Tuan/Puan dibuatnya semata ingin mencari pakar repair laptop di Ipoh…

REPAIR LAPTOP IPOH

Sekarang ni, susah juga nak cari tempat repair laptop area Perak, betul tak? Maksud Cik Min ialah, memang banyak sebenarnya kedai yang memberikan perkhidmatan repair laptop di Ipoh, sampai Tuan/Puan sendiri pening mana satu nak pilih. Yelah, dengan rasa was-was lagi… Mampu ke kedai tu betulkan laptop Tuan/Puan tu kan?

Haaa, dalam bab ni, kita memang patut ada rasa syak wasangka untuk elakkan kejadian penipuan tau! Zaman sekarang ni, orang lebih memilih untuk menipu bagi mengaut keuntungan. Jadi Cik Min faham je, sebab Cik Min pun pernah berada di situasi sama tau…

Boleh migrain jugalah rasanya kalau nak cari tempat repair laptop dekat area Kinta atau Kuala Kangsar ni kan? Tapi, meh bersyukur sikit orang Ipoh! Cik Min dah jumpa satu pakar repair laptop Ipoh untuk anda semua kunjungi nanti. Siapa lagi kalau bukan Chip Computer! Salah satu pakar dalam hal-hal technical berkaitan laptop dan komputer. Cik Min nak merajuklah dengan orang Perak gini, ishh… Bukalah banyak cawangan sikit Chip Computer oiii!

Kenapa Chip Computer merupakan pakar repair laptop Ipoh pilihan anda?

Sebelum Tuan/Puan menetapkan Chip Computer sebagai pilihan hati, mesti Tuan/Puan nak tahu antara kelebihan Chip Computer berbanding dengan kedai repair laptop yang lain, bukan? Dahhh, jangan risau sebab Cik Min ada selitkan juga sedikit sebanyak tentang Chip Computer supaya Tuan/Puan lebih yakin bahawa Chip Computer sememangnya pakar repair laptop Ipoh!

1. “Buat sampai jadi” menjadi pegangan setiap pakar di Chip Computer

Sekiranya Tuan/Puan menghadapi masalah berkaitan dengan laptop atau komputer, Cik Min syorkan Tuan/Puan untuk dapatkan servis daripada Chip Computer. Hal ini kerana, Chip Computer mampu membantu dalam menyelesaikan setiap masalah berkaitan dengan laptop atau komputer Tuan/Puan. Tambahan pula, pakar bedah Chip Computer ini akan usaha sebaik mungkin agar laptop Tuan/Puan pulih seperti sedia kala. Bak kata orang, “kacang je” untuk mereka…

2. Pantas dan cekap itu merupakan moto pakar repair laptop Ipoh

REPAIR LAPTOP IPOH
Gambar ini telah dimuat turun dari akaun Facebook Chip Computer.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, Chip Computer juga merupakan sebuah pakar repair laptop Ipoh yang menawarkan perkhidmatan yang cukup pantas! Untuk pengetahuan anda, laptop yang rosak tu boleh disiapkan hanya dalam 1 hari je tau… Gila tak gila Chip Computer ni? Memand padu! Dulu masa Cik Min pergi betulkan laptop dekat tempat lain, sekurangnya ambil masa 3 hingga 4 hari ya… Tapi kalau dengan Chip Computer, dalam masa 24 jam pun boleh settle! Inshaallah…

3. Pemeriksaan secara PERCUMA!

REPAIR LAPTOP IPOH

Bagi sesiapa yang tidak dapat mengesan kerosakan laptop sendiri tu, jangan risau… Tuan/Puan boleh sahaja hantar ke Chip Computer untuk sesi pemeriksaan! Bukan itu sahaja, sesi pemeriksaan juga tidak akan dikenakan pembayaran langsung! PERCUMA! Memang boekkk! Chip Computer dah tolong check, lepastu tidak perlu bayar pula lagi! Manalah nak dapat servis macam ni uiii…

4. Servis pengambilan dan penghantaran

Gambar ini dimuat turun dari akaun Facebook Chip Computer yang memperlihatkan Team Chip Computer ke Sungai Siput untuk salah satu perkhidmatan yang mereka tawarkan sebagai salah satu pusat repair laptop terbaik di Ipoh!

Untuk Tuan/Puan yang busy dan tiada masa untuk menghantar laptop ke Chip Computer pun tak perlu risau, sebab Chip Computer ada runner yang boleh tolong pick-up dan buat delivery untuk Tuan/Puan. Tak cukup dengan tu, servis penghantaran dan pengambilan tersebut pun tidak perlu dibayar tau! Ishhh, biar betul ajelah Chip Computer ni, semua benda dia nak bagi PERCUMA. Tak fahamlah Cik Min…

5. Pembayaran secara ansuran bulanan

Kejap! Kejap! Cik Min, betul ke tak ni?! Ehhh, betul lah apa yang Tuan/Puan baca tu. Ingat Cik Min nak tipu ke? Kalau tak percaya, cuba check website Chip Computer ni tau! Tapi, sambung baca artikel Cik Min ni dulu ya… Belum habis sembang lagi ni.

Selain tu, bukan phone je yang boleh bayar ansuran ya… Servis betulkan laptop pun boleh bayar ansuran juga! Inilah salah satu kelebihan Chip Computer yang kedai lain tiada tau… Tuan/Puan boleh bayar secara ansuran selepas mendapatkan perkhidmatan daripada Chip Computer! Memahami sangatlah Chip Computer ni, sebab yang sering mengalami masalah berkaitan laptop rosak pun memang dari kalangan pelajar Universiti. Jadi, dengan adanya servis macam ini, sedikit sebanyak akan bantu mengurangkan beban adik-adik kita dalam membuat pembayaran. Terbaiklah, Chip Computer!

Jadi, Tuan/Puan dah boleh pilih ke mana satu kedai repair laptop Ipoh yang menjadi pilihan hati? Nasihat Cik Min adalah, agar Tuan/Puan memilih kedai yang betul sebelum mendapatkan sesebuah perkhidmatan ya! Elakkan keputusan terburu-buru, bak kata pepatah “biar lambat asal selamat; takkan lari gunung dikejar” untuk mengelakkan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Ecehh, berpuitis pula Cik Min ni kan…

Jom Repair Laptop di Chip Computer Ipoh

Akhir kata, bagi yang berminat untuk mengetahui info lebih lanjut berkaitan Chip Computer, boleh terus ke website Chip Computer ya. Untuk pertanyaan secara terus pula, anda boleh hubungi Encik Husni dan juga Puan Nisa’.

Ehhh, kejap! Satu lagi… Sememangnya khas untuk pembaca Cerita Malaysia!

Tuan/Puan juga boleh claim E-Book daripada Chip Computer secara PERCUMA tentang “Tips Penjagaan Bateri Laptop” di sini ya. Fuh, dah lah servis tip top, lepas tu siap nak bagi pembaca Cik Min free gift pula lagi… Memang gempaklah Chip Computer!

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini, jumpa lagi di postingan seterusnya! Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal CeritaMalaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *