Ogy Ahmad Daud Bakal Bernikah
Para peminat setia Ogy Ahmad Daud telah dikejutkan dengan sebuah posting daripada beliau tentang risikan seseorang! Rata-rata peminat beranggapan bahawa Ogy Ahmad Daud bakal bernikah dan terdapat ramai juga yang mendoakan urusan beliau tersebut. Tidak lupa juga, ramai betul rakan artis yang turut mendoakan untuk Kak Ogy tau!
Pada masa yang sama, Cik Min amat mengagumi positivity yang ditonjolkan oleh warga Malaysia tentang kisah ini. Tapi, betul ke Ogy Ahmad Daud bakal bernikah? Jom, kita kupas isu ini.
Kisah Cinta Kak Ogy Ahmad Daud, Dikatakan Bakal Bernikah
Fauziah Ahmad Daud, 60, atau lebih mesra digelar Kak Ogy pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini bersama pelakon Eman Manan pada 23 Disember tahun 1990. Jadi, betul ke Ogy Ahmad Daud bakal bernikah lagi?
Beliau yang merupakan seniwati tanah air bersetuju dengan pandangan orang ramai yang menyifatkan Eman Manan sebagai pelakon ‘jantan’ di Malaysia.
Ilmu Persilatan bekas suami Kak Ogy itu telah menjadikannya seorang pelakon berwibawa yang juga dilahirkan melalui sifat kelakian yang sebenar.
Ogy Ahmad Daud dan bekas suaminya telah bercerai pada 2 Julai 2003. Beliau dan bekas suami pernah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun.
Namun setelah penceraian beliau bersama Eman Manan, beliau telah mengambil anak angkat yang kini berusia 15 tahun. Fauziah Ahmad Daud ataupun Kak Ogy telah menjaga anaknya Nur Aisyah Aminah, sejak masih bayi lagi.
Menjawab Isu Bakal Bernikah: Benar atau Tidak?
Kehangatan isu tentang beliau bakal berkahwin lagi ini adalah TIDAK BENAR ya! Namun, beliau amat berbesar hati menerima segala doa dan ucapan yang diberikan oleh para peminat dan rakan artis.
Kisah sebenar di sebalik posting beliau tentang risikan dan tunangan itu adalah, pinangan yang diterima untuk menerajui pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati yang bakal diadakan di Gateway Theater di Singapura pada 11 February 2023 ini.
“Hantaran saya dalam media sosial adalah risikan Produser Eksekutif, Hafeez Glamour untuk pementasan muzikal ini.”
“Tetapi, ramai orang ingat saya nak berkahwin.”
“Namun, saya ucap terima kasih apabila ramai yang mendoakan saya.”
– Fauziah Ahmad Daud.
Beliau telah membuat satu video penjelasan di Facebook tentang perkara yang sebenar. Di situ, Kak Ogy juga ada menjawab segala soalan daripada reporter yang mengajukan soalan kepada beliau tentang isu hangat tersebut.
Jadi sudah terjawablah persoalan kita tentang isu perkahwinan Kak Ogy ni kan? Jadi, korang jangan memandai-mandai buat cerita lagi ya!
Di samping itu, Cik Min pun ingin menyelitkan doa buat Kak Ogy agar bahagia sentiasa bersama keluarga tercinta. Allahumma Aamiin…
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Ogy Ahmad Daud Bakal Bernikah”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.