Nasib Bayi di Palestin | Hospital Al Shifa

22/11/2023 by No Comments

Sepanjang 47 hari peperangan di antara Palestin dan Israel, masih ramai yang tidak menyedari tentang nasib bayi di Palestin sepanjang tempoh tersebut. Tahukah anda, bayi-bayi pramatang yang berada di Hospital Al Shifa kini mengalami kesukaran kerana tidak mempunyai inkubator yang cukup untuk menampung kesemuanya?

Bukan itu sahaja, generator yang ada juga kian kehabisan bahan api dan menunggu masa sahaja untuk berhenti menyalurkan tenaga ke inkubator sedia ada. Jadi, mari Cik Min kongsikan apa sebenarnya yang telah berlaku di Palestin baru-baru ini!

Pengepungan Hospital Al Shifa oleh Rejim Israel | Penjara Tanpa Air, Tenaga Elektrik, Makanan, dan Minuman

Sepanjang berlakunya peperangan Israel-Palestin semenjak 7 Oktober yang lalu, terdapat ribuan rakyat tanpa mengira umur telah terkorban dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Bukan itu sahaja, kali ini tentera Israel turut mengepung Hospital Al Shifa dengan alasan bahawa ia merupakan sebuah pangkalan bagi tentera Hamas, yang mempunyai pusat arahan di bawah hospital tersebut.

Mereka juga mendakwa tentera Hamas telah menggunakan terowong di bawah hospital untuk menyembunyikan operasi ketenteraan dan menyembunyikan tebusan.

Sumber: Metro

Semasa pengepungan berlaku, tentera rejim Israel tidak membenarkan sesiapa sahaja keluar dan masuk dari hospital tersebut. Mereka mengancam untuk melepaskan tembakan kepada sesiapa sahaja yang melanggar arahan itu. Jurutera yang cuba untuk membaiki bekalan elektrik terputus akibat serangan juga telah mati ditembak!

Apakah Nasib Bayi di Palestin Tanpa Bekalan Elektrik & Bantuan Inkubator yang Tidak Mencukupi?

nasib bayi di palestin
Sumber: Reuters

Susulan daripada pengepungan itu, tentera Israel telah mengarahkan kakitangan dan pesakit di Hospital Al Shifa untuk mengosongkan bangunan tersebut. Arahan itu amat sukar untuk dilakukan kerana terdapat puluhan bayi pramatang di unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan inkubator, bagi bantuan oksigen dan juga perlindungan daripada segala risiko kesihatan.

Kakitangan hospital telah mengambil langkah untuk membawa bayi-bayi ke Rafah menggunakan ambulans untuk memastikan kestabilan mereka, sebelum dipindahkan ke Mesir untuk mendapatkan bantuan inkubator. Namun begitu, satu persatu bayi yang tersebut telah meninggal dunia kerana tiadanya oksigen. Ia menjadikan jumlah bayi yang tinggal kini seramai 31 orang sahaja.

28 Bayi Berjaya Dipindahkan ke Mesir | Nasib Bayi di Palestin

Menurut Al Jazeera, bayi-bayi yang dipindahkan itu hanya memakai lampin dan topi hijau kecil sahaja semasa berada di Rafah. Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bahawa 28 orang daripadanya kini selamat tiba di Mesir, dan 3 orang bayi lagi masih tinggal di Hospital Emirati untuk terus menerima rawatan. Alhamdulillah!

“Kesemua bayi sedang melawan jangkitan serius dan memerlukan penjagaan kesihatan yang berterusan”, kata jurucakap itu lagi apabila ditanya tentang keadaan bayi.

  • nasib bayi di palestin
  • nasib bayi di palestin
  • nasib bayi di palestin

Hospital Al-Shifa kini tidak lagi beroperasi | Nasib Bayi di Palestin

Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kenyataan bahawa Hospital Al-Shifa kini tidak lagi beroperasi sebagai pusat perubatan. Hal ini kerana, hospital tersebut telah diambil alih oleh tentera Israel.

Salah seorang doktor dari selatan Semenanjung Gaza iaitu Muhammad Qandil juga berkata, hospital itu sudah tidak lagi beroperasi. Sekiranya ada yang cedera di sekitar kawasan Gaza, mereka tidak dapat dipindahkan lagi ke Hospital Al-Shifa.

Di sini Cik Min turut kongsikan sebuah video pemindahan bayi-bayi tersebut oleh para kakitangan hospital untuk tontonan anda semua.

Pemindahan Bayi pramatang Gaza dari Hospital Al-Shifa ke Mesir | Nasib bayi di Palestin (Sumber:Youtube Al Jazeera)

Kini, bayi-bayi telah selamat dipindahkan dan kesemua kakitangan serta pesakit sedang dalam proses untuk keluar dari hospital seperti yang diarahkan oleh tentera Israel.

Namun begitu, mereka masih tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa terdapat terowong di bangunan itu yang digunakan oleh para pejuang Hamas. Tambahan pula, tentera Hamas juga telah menafikan dakwaan tersebut secara terangan.

Sehingga ke saat ini, tiada sesiapa yang tahu bilakah agaknya penamat bagi peperangan ini. Oleh itu, Cik Min menyeru agar anda semua terus berdoa supaya saudara Islam kita di sana sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. Al-Fatihah…

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Nasib Bayi di Palestin | Hospital Al Shifa” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *