Muzium Terkenal di Malaysia

07/12/2021 by No Comments

Anda sedang tercari-cari tempat pelancongan yang menarik? Tapi tidak tahu di mana tempat yang best? Mungkin, anda boleh membawa keluarga tersayang mengunjungi muzium terkenal di Malaysia! Bercakap tentang muzium ini, Cik Min kali pertama pernah menjejakkan kaki ke muzium adalah di Muzium Warisan Melayu, UPM. Maklumlah, Cik Min dulu belajar di sana. Hehehe!

Mesti anda semua tidak sabar ingin tahu tentang muzium terkenal di Malaysia ini, bukan? Baiklah, jom ikuti perkongsian yang menarik ini di bawah.

Muzium Terkenal di Malaysia
Gambar sekadar ilustrasi

5 Muzium Terkenal di Malaysia

Cik Min rasa mesti ramai yang gemar berkunjung ke muzium, kan? Sebenarnya di muzium terdapat banyak kisah dan maklumat yang menarik tau! Jadi, memang seronoklah jika pergi ke sana.

1. Muzium Tekstil Negara

Rasanya semua pernah dengar tentang Muzium Tekstil Negara ni kan? Ia terletak di Bangunan JKR 26 di Lot 50 Seksyen 70, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Muzium ini merupakan sebuah bangunan warisan yang pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum ini. Bangunan muzium ini juga telah siap dibina pada tahun 1896 dan mempunyai keunikan yang tersendiri!

Muzium Tekstil Negara merupakan salah satu muzium terbaik yang ada di Malaysia. Pada bahagian lantai bawah bangunan gaya Mogul ini merangkumi sejarah tekstil seperti songket, dan fabrik Malaysia yang lain. Anda sebagai pengunjung boleh melihat proses tradisional diikuti dengan jentera yang digunakan untuk mengeluarkan kain eksotik ini. Pada bahagian lantai atas pula meliputi motif yang dirancang dengan terperinci dan juga rumah-rumah jenis hiasan peribadi.

Terdapat pelbagai galeri pameran yang anda boleh lawati iaitu Galeri Pohon Budi, Galeri Pelangi, Galeri Teluk Berantai dan Galeri Ratna Sari.

2. Muzium Kesenian Islam – Muzium Terkenal di Malaysia

Bercakap mengenai Muzium Kesenian Islam ini, Cik Min teringat pada suatu ketika Cik Min pernah ke tempat ini! Memang menyeronokkan kerana di sini terdapat pelbagai jenis replika masjid-masjid di dunia. Anda boleh ke muzium ini untuk menghargai dan melihat sendiri khazanah Islam yang telah wujud sekian lama ini.

Untuk makluman anda, muzium ini juga merupakan salah satu muzium terbesar di seluruh Asia Tenggara yang menempatkan seni dan artifak Islam dan sumbangan dari Timur Tengah, Iran, dan India. Muzium ini juga menganjurkan beberapa aktiviti menarik dan bengkel untuk membantu para pengunjung mengenali bagaimana agama yang diamalkan di pelbagai tempat di dunia.

Antara galeri yang ada di sini ialah Galeri China, Galeri India, Galeri Seramik dan Galeri Arkitek.

Sumber: Portal Islamic Arts Museum Malaysia

3. Muzium Negara

Bagi anda yang ingin mencari tempat bersiar-siar pada hujung minggu ini, anda boleh berkunjung ke Muzium Negara! Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendukung terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara.

Selain itu, Muzium Negara ini terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dan ia merupakan sebuah bangunan yang bercirikan seni bina Melayu tradisional. Muzium ini juga menempatkan satu sayap sejarah moden yang sangat menarik dan bermaklumat. Sayap ini mempunyai tempat rekreasi tempat tidur diraja, dinding bait suci, dan pakaian upacara yang bertarikh beberapa ratus tahun.

Anda juga boleh melawati Galeri Prasejarah dan Galeri Kesultanan Melayu. Di sini juga terdapat kedai cenderamata yang anda boleh membeli-belah sebagai kenang-kenangan.

Muzium Terkenal di Malaysia

4. Muzium Islam Melaka – Muzium Terkenal di Malaysia

Bagi anda yang berada di Melaka atau berdekatan dengan negeri Melaka, anda boleh mengunjungi Muzium Islam Melaka! Muzium Islam Melaka ini ditempatkan di bangunan lama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Bangunan ini merupakan bangunan tinggalan warisan Belanda yang kini reka bentuk dalamannya disesuaikan dengan konsep imbasan era kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara. Antara koleksi yang dipamerkan adalah replika al-Quran terawal, sejarah masjid-masjid di Melaka, replika Pedang Rasulullah SAW, kitab-kitab agama dan tokoh-tokoh agama serta ulama dari Melaka dan Malaysia.

5. Muzium Wonderfood – Muzium Terkenal di Malaysia

Umumnya tahu, di Pulau Pinang sememangnya mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati. Salah satu tempatnya ialah di Muzium Wonderfood! Muzium Wonderfood Pulau Pinang merupakan destinasi kreatif dengan replika hidangan Malaysia, seni dan maklumat sejarah.

Muzium ini bukan hanya mempunyai replika saiz hidup beberapa makanan jalanan yang terbaik dan makanan lazat di tanah air, tetapi juga mendidik pengunjung tentang bagaimana cara makan tertentu dapat memberi kesan negatif terhadap alam sekitar.

Di muzium ini anda dapat berselfie dengan pelbagai jenis makanan seperti laksa, sate dan ABC. Tapi kali ini suasananya berbeza kerana makanan tersebut bersaiz jumbo!

Muzium Terkenal di Malaysia
Sumber: Portal PenangbyHotel.com

Sekian sahaja perkongsian tentang Muzium Terkenal di Malaysia buat kali ini. Cik Min harap informasi yang bermanfaat ini dapat membantu anda membuat pilihan tempat yang patut dikunjungi di negara kita.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *