Musim Tengkujuh di Malaysia Bakal Melanda?
Cuaca di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua jenis monsun: Monsun Barat Daya, yang terjadi pada akhir Mei hingga akhir September dan Monsun Timur Laut (musim tengkujuh), yang terjadi pada November hingga Mac.
Adakah anda tertanya-tanya apakah topik yang akan dibawakan oleh Cik Min untuk posting kali ini?
Hari ini, Cik Min bawakan isu terhangat yang dilaporkan di Internet yang bakal berlaku di Malaysia, iaitu Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh.
Kejadian berkenaan dilaporkan akan melanda Malaysia pada bulan November depan, dan dijangka tamat pada bulan Mac tahun depan.
Faktor berlakunya musim tengkujuh di Malaysia
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh berlaku disebabkan oleh perubahan corak tiupan angin yang membawa kelembapan yang tinggi kepada negara.
Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan awan aktif dan hujan di Malaysia.
Luruan udara sejuk yang kuat juga mempengaruhi keadaan cuaca negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Negeri-negeri yang terlibat dengan fenomena musim tengkujuh di Malaysia
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor akan terlibat dengan kejadian berkenaan.
Beliau juga menyatakan bahawa Kelantan, Terengganu dan Pahang akan dilanda hujan lebat pada bulan November hingga Disember.
Manakala Sabah, Johor dan Sarawak pula akan menghadapinya pada bulan Disember hingga Januari tahun depan.
Langkah berjaga-jaga menghadapi musim tengkujuh
Semasa berlakunya sebarang bencana (cuaca), orang ramai boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang berikut:
- Elakkan daripada melalui kawasan yang ditimpa banjir
- Asingkan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat dan senang diambil
- Sentiasa peka dengan amaran bencana atau ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi Jabatan dan sebagainya
Yang paling PENTING semasa berlakunya bencana adalah orang ramai PERLU mematuhi arahan daripada pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan pada setiap masa.
Sumber: Kosmo Online
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem