Menu Rahmah Malaysia Madani

23/03/2023 by No Comments

Program Menu Rahmah Malaysia Madani merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga atau Private Driven Initiative dan dilakukan secara sukarela. Program ini menyasarkan keperluan makanan harian pada harga berpatutan bagi golongan yang berpendapatan rendah seluruh Malaysia.

Sehingga kini terdapat lebih 15,000 restoran dan kedai makan telah menyatakan komitmen mereka dalam merealisasikan usaha ini. Antara rakan strategik yang yang turut serta dalam program Menu Rahmah pasar raya Mydin, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

Apa itu Menu Rahmah?

Menu Rahmah Malaysia Madani
Sumber: Sinar Harian

Definisi sebenar Menu Rahmah ini adalah makanan harian samada makan tengah hari atau malam yang seimbang merangkumi nasi, satu sumber protein seperti ayam atau ikan dan dan satu jenis sayuran yang ditawarkan pada pada kadar harga  tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan.

Ia adalah inisiatif baru KPDN bersama rakan strategik yang terdiri dari Pengusaha Kedai Makanan (Bermasak) dan Persatuan Pengusaha Restoran dan Gerai Makanan dalam usaha kerajaan membantu dan mengurangkan kos sara hidup terutama golongan miskin tegar.

Program ini akan dimulakan secara berperingkat bermula dengan pelancarannya pada 31 Januari 2023 lepas. Bagi negeri-negeri lain tarikhnya bergantung kepada hasil libat-urus dengan pengusaha kedai makan dan persatuan restoran negeri masing-masing.

Senarai Menu Rahmah Seluruh Malaysia

  • Menu Rahmah Malaysia Madani

Berikut merupakan senarai restoran, pasar raya dan kedai makan yang menyediakan hidangan Menu Rahmah yang ternyata sangat menarik dan memuaskan hati. Pilihan Menu Rahmah yang mendapat sambutan menggalakkan umumnya daripada pasar raya Mydin dan beberapa cawangan fast-food seluruh Malaysia.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan boleh menikmati bersama keluarga.

Senarai Lokasi Menu Rahmah Malaysia Madani

Menu Rahmah Malaysia Madani
Sumber: Menu Rahmah

KPDN telah membangunkan portal Menu Rahmah Malaysia Madani bagi memudahkan orang ramai mendapatkan senarai lokasi terkini Menu Rahmah yang tersedia di seluruh Malaysia melalui pautan di bawah;

Portal ini juga membolehkan peniaga restoran dan kedai makan yang ingin menyediakan hidangan Menu Rahmah mendaftar melalui portal yang sama. Sila ikuti Facebook KPDN Laman Rasmi untuk sebarang pengumuman terkini berkaitan Menu Rahmah.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Menu Rahmah Malaysia Madani”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *