Mendaki Gunung Santubong Sarawak

15/05/2023 by No Comments

Adakah anda bercadang untuk mendaki Gunung Santubong Sarawak? Negeri Sarawak amat bertuah kerana ia mempunyai kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik.

Maka, tidak hairanlah jika Sarawak menjadi destinasi tumpuan penggiat rekreasi lasak dari seluruh dunia. Bagi peminat aktiviti mendaki gunung, hari ini, Cik Min ingin cadangkan anda untuk menawan Gunung Santubong! Jom teruskan bacaan.

Di Manakah Gunung Santubong?

Mendaki Gunung Santubong Sarawak
Photo Credit: kuchingsarawak.com | Mendaki Gunung Santubong Sarawak

Gunung Santubong terletak kira-kira 35km di utara Bandar Kuching dan mempunyai ketinggian sekitar 810 meter. Ia amerupakan gunung legenda yang amat terkenal di Sarawak.

Gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal. Ia juga berdekatan dengan Sarawak Culture Village. Dalam sejarah bangsa asal Dayak Iban, Gunung Santubong berasal dari bahasa Iban asli yang bermaksud keranda atau perahu roh.

Lagenda Dua Puteri Kayangan

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan…

– Lirik Lagu Rakyat Puteri Santubong

Berdasarkan mitos masyarakat setempat, Gunung Santubong adalah jasad puteri kayangan bernama Puteri Santubong, yang disumpah menjadi gunung.

Hendak dipendekkan cerita, bagi mendamaikan kampung-kampung yang bermusuhan, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang diutuskan oleh ayahanda mereka untuk turun ke bumi. Sebelum berangkat, kedua puteri tersebut telah bersumpah untuk tidak bertelingkah.

Setibanya mereka di bumi, kepakaran dan kecantikan kedua-dua Puteri tersebut menjadi bualan ramai, termasuklah seorang putera bernama Putera Serapi. Puteri Santubong pun jatuh hati kepada putera tersebut dan begitu juga dengan Puteri Sejinjang.

Oleh kerana dua-duanya suka kepada putera tersebut, puteri-puteri kayangan itu pun mulai berkelahi. Akibat melanggar sumpah, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang pun disumpah oleh ayahanda mereka…

Laluan Mendaki Gunung Santubong

Mendaki Gunung Santubong Sarawak
Photo Credit: kembara-alam-aadk | Mendaki Gunung Santubong Sarawak

Gunung Santubong mempunyai 4 pilihan laluan yang berbeza dengan pelbagai pintu masuk. Laluan tersebut adalah melalui Sarawak Culture Village, Paradise Cafe, pintu Taman Negara dan Bukit Puteri.

Anda tidak memerlukan permit untuk mendaki Gunung Santubong, namun gunung ini tidaklah mudah sekiranya anda tidak berpengalaman mendaki gunung ya! Di sini juga tiada penginapan bermalam, oleh itu, Cik Min cadangkan anda untuk menganggap ia sebagai aktiviti lawatan sehari atau balik hari sahaja.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Mendaki Gunung Santubong Sarawak”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *