Mamat Khalid Meninggal Dunia

02/11/2021 by No Comments

Perkhabaran Mamat Khalid Meninggal Dunia

Dunia filem tanah air dikejutkan dengan berita sedih pemergian pengarah terkenal, Mamat Khalid yang telah disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober jam 12.30 pagi di Hospital Slim River, Perak. 

Allahyarham Mamat Khalid dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan perkara itu disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah. Allahyarham selamat dikebumikan di Ipoh, Perak. 

Mohamad bin Mohamad Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid, merupakan seorang pengarah dan penerbit filem Malaysia yang berbakat dan terkenal dengan karya filemnya yang memiliki trademark dan sentuhan tersendiri. 

Top Filem Sebelum Mamat Khalid Meninggal Dunia

Filem-filem arahan Mamat Khalid diminati orang ramai kerana mesej dan jenaka yang cuba disampaikan, mudah untuk difahami dan dekat dengan jiwa penonton. Barisan karakter yang ditonjolkan juga menghidupkan watak. 

Bagi memperingati hasil karya beliau, Cik Min ingin kongsikan Top Filem Allahyarham Mamat Khalid yang tidak lapuk ditelan zaman berdasarkan sumber daripada KakiMuvee. Korang wajib tengok okay!

1. Man Laksa (2006)

Man Laksa dibarisi barisan pelakon Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek serta ramai lagi pelakon hebat tanah air.

Filem ini tertumpu pada malam aneka ragam yang diadakan untuk mengumpul derma kepada keluarga Pak Maon yang kehilangan harta bendanya akibat kebakaran pada musim banjir.

Cik Min rasa yang menjadikan ramai penonton menonton filem ini berulang kali adalah disebabkan jenaka yang bersahaja. Man Laksa merupakan filem komedi yang mampu membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak.

2. Zombi Kampung Pisang (2007)

Filem Zombi Kampung Pisang yang dibintangi oleh Awie, Dato AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Allahyarham Man Kadir, Allahyarham Zami Ismail, dan Soffi Jikan.

Zombi Kampung Pisang mengisahkan tentang serangan zombi yang berlaku di Kampung Pisang.

Terdapat mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini iaitu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya melakukan pencemaran alam sekitar serta memupuk budaya bersatu dalam kalangan penduduk kampung.

3. Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah turut dibintangi oleh Awie, Allahyarham Man Kadir, Allahyarham Zami Ismail, Johan Raja Lawak, Usop Wilcha dan Soffi Jikan.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah bukan hanya sekadar filem komedi seram tetapi memaparkan karya komedi isu sosial yang secara tidak langsung merupakan realiti sebenar dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Semua filem ni memang Cik Min selalu ulang tayang dan tidak pernah bosan. Semua karakter memang relevan untuk rakyat Malaysia. Terima kasih untuk karya-karya masterpiece.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mamat Khalid.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *