Maksud B40 M40 dan T20
Ramai ke yang tahu, apa maksud B40, M40 dan T20 yang sering digunakan di Malaysia?
Sepanjang beberapa minggu ini, banyak artikel yang telah ditulis untuk perkongsian anda, iaitu pengunjung setia blog Cerita Malaysia.
Tapi untuk hari ini, Cik Min nak berkongsi satu informasi atau ilmu yang baru kepada anda mengenai kelas-kelas ekonomi penduduk di Malaysia.
Cik Min yakin, ramai yang familiar dengan perkataan-perkataan seperti B40, M40 dan T20, tetapi tidak tahu maksudnya.
Betul tak tekaan Cik Min?
Okay, Cik Min tak nak borak panjang, mari kita baca mengenai topik hari ini, di bawah.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan B40, M40 dan T20?
Menurut artikel MYPT3, blog tersebut ada berkongsi mengenai panduan memohon bantuan yang terkini (2021) dan pecahan kategori B40, M40 dan T20.
Dalam blog tersebut juga ada menjelaskan maksud setiap pengelasan rakyat, iaitu B40, M40 dan T20 dengan jelas dan ringkas.
Secara umumnya, maksud B40 adalah gaji bulanan bawah daripada RM4,850, manakala bagi M40 pula adalah gaji bulanan antara RM4,851 sehingga RM10,970.
Rakyat Malaysia yang tergolong sebagai B40, lazimnya bertarung hidup untuk bersaing dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Mereka yang tergolong sebagai M40 pula, akan diberi perhatian untuk bantuan secara bersasar, selain daripada golongan B40.
Apa pula yang dimaksudkan dengan T20? Apakah perbezaan dengan golongan B40 dan M40?
Golongan T20 ini adalah golongan kaya di mana gaji dan pendapatan bulanan mereka melebihi RM10,971.
Bantuan untuk golongan ini jarang diberikan kerana mereka dikenalpasti sebagai golongan yang bergaji tinggi di Malaysia.
Had Pendapatan Sebulan di Malaysia
Anda jangan pelik kalau Cik Min cakap, golongan B40, M40 dan T20 juga mempunyai had pendapatan sebulan yang melayakkan mereka tergolong dalam kategori tertentu.
Berikut merupakan had pendapatan sebulan bagi golongan B40, M40 dan T20 di Malaysia:
Pengelasan Maksud B40, M40 dan T20 Mengikut Negeri
Maksud B40, M40 dan T20 adalah berbeza mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Berdasarkan gambar di bawah ini, kita dapat merumuskan bahawa pengelasan ekonomi rakyat di setiap negeri adalah berbeza, bergantung kepada jumlah pendapatan mereka.
Peninglah bila tengok gambar di atas.
Nak tak Cik Min melakukan beberapa tafsiran berdasarkan gambar di atas secara ringkas dan padat?
Pertama sekali, jika kita lihat pengelasan golongan B40, M40 dan T20 di Johor, adalah jauh berbeza dengan golongan di Pahang.
Contohnya, mereka yang berpendapatan RM5,400 di Johor, layak digelar B40 tetapi bagi penduduk di negeri Pahang pula, jika gaji mereka adalah RM5,400, mereka adalah golongan M40.
Situasi kedua pula, jika anda bergaji RM9,150 sebulan di Kuala Lumpur, anda tergolong sebagai B40.
Tetapi, jika anda mempunyai gaji sebulan sebanyak RM9,150 di Kedah, anda adalah golongan terkaya di sana, iaitu T20.
Anda nampak tak perbezaannya untuk setiap golongan di negeri-negeri tertentu?
Kenapa Maksud Pengelasan B40, M40 dan T20 Berbeza Untuk Setiap Negeri?
Cuba anda bayangkan setelah memeriksa pengelasan mengikut gaji bulanan di negeri sendiri, anda adalah golongan B40, tetapi bila berganjak ke negeri lain, anda adalah golongan M40.
Mesti anda tertanya-tanya, kenapa pengelasan berbeza di setiap negeri? Bukankah sepatutnya sama sahaja?
Seperti yang anda ketahui, ekonomi di setiap negeri dipengaruhi oleh tahap kemajuan dan kemudahan untuk memperoleh sumber seperti makanan, pakaian dan lain-lain lagi.
Contohnya, makanan di Kuala Lumpur adalah jauh lebih mahal berbanding makanan di Kelantan.
Hal ini demikian kerana, bahan mentah di Kelantan lebih mudah didapati, manakala peniaga atau pengusaha restoran di Kuala Lumpur, terpaksa mengimport bahan mentah dari negeri lain.
Tambahan pula, Kuala Lumpur mempunyai tanah yang terhad untuk sektor pertanian, ekoran negeri tersebut lebih ke arah pembangunan.
Situasi tersebutlah yang menyumbang kepada mengapa kos makanan mahal, iaitu berkait dengan kos pengangkutan, cukai dan lain-lain.
Sebagai penutup artikel pada minggu ini, Cik Min harap anda faham maksud bagi setiap golongan seperti B40, M40 dan T20 di Malaysia.
Melalui perkongsian yang berguna ini juga, diharapkan anda mengetahui bahawa pengelasan golongan adalah berbeza mengikut pendapatan di negeri masing-masing.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem