Makanan Mexico Los Primos Shah Alam

21/03/2023 by No Comments

Bandar Mexico sememangnya terkenal dengan bermacam jenis perkara menakjubkan seperti piramida terbesar di dunia, mempunyai 69 bahasa gunaan, serta bab makanannya yang amat unik, enak dan terkenal di serata dunia termasuklah di Malaysia. Jadi, jika anda seorang pencinta makanan Mexico, anda pasti akan sukakan perkongsian Cik Min pada kali ini tentang Los Primos Shah Alam.

Cik Min sendiri terkejut apabila mengetahui bahawa makanan Mexico ada dijual di Malaysia tau! Di zaman ekonomi merudum ni, elok sangatlah kalau di Malaysia ada jual pelbagai jenis makanan dari seluruh negara. Bolehlah buat raso-raso. Tak perlu sampai membazir duit untuk travel ke negara orang, semata-mata nak merasa. Ha, tak gitu?

Lokasi Stall Makanan Mexico Los Primos

Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan makanan, kerana di setiap tempat pelancongan di setiap negeri, pasti ada sahaja makanan yang bakal menjadi tumpuan para pelancong dan pengunjung.

Walaupun di Malaysia terdapat banyak restoran makanan segera yang enak seperti Burger King, McDonalds dan Texas Chicken, namun tumpuan rakyat Malaysia tidak sentiasa kekal pada restoran-restoran terkenal ini.

Makanan Mexico Los Primos Shah Alam

Sekali sekala, stall tepi jalan pun turut menjadi tumpuan hebat para food hunter tau! Hal ini kerana, stall makanan yang berada di tepi jalan ini kebiasaannya mempunyai keunikan tersendiri dalam hal-hal penyediaan makanan. Ada yang menjual makanan Melayu, makanan Jepun, makanan Korea, dan yang terbaharu ini ialah makanan dari Mexico.

Stall makanan Mexico yang Cik Min maksudkan ini ialah Los Primos Locos yang beroperasi di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam. Untung betul orang Shah Alam, semua jenis makanan ada!

Makanan Mexico Best-selling di Los Primos Shah Alam

Walaupun lokasi gerai Los Primos ini berada di tepi jalan, tetapi sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Cik Min sendiri amat meminati makanan di gerai yang terletak di tepi jalan dan amat gembira apabila menjumpai gerai makanan Mexico ini.

Para pembaca artikel pasti sudah tidak sabar untuk mengetahui hidangan best seller yang disediakan di sini kan? Jom kita lihat antara menu-menu tersebut.

1. Quesabirria Taco (RM21)

Keistimewaan pada hidangan ini dapat dirasai pada mozarella cheese dan kelembutan pulled beefnya yang dimasak selama 8 hingga 12 jam! Fuh, hidangan macam ni memang confirm akan menjadi favorite para penggemar cheese.

Sumber: Purple Durian

2. El Grande Quesadilla (RM18)

Hidangan yang seterusnya ini juga amat popular di kalangan para pelanggan Los Primos. Kelembutan daging yang sangat mengasyikkan membuatkan hidangan ini sangat mengujakan bagi mereka yang sudah merasainya sendiri!

Makanan Mexico Los Primos Shah Alam
Sumber: Purple Durian

Kalau anda nak dapatkan menu lebih lanjut, anda boleh terus ke laman Tiktok Los Primos Locos bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

Kepada anda semua yang dah tak sabar nak mencuba makanan Mexico ini, tunggu apa lagi? Janganlah berlengah lagi… Pergilah serbu gerai makanan Mexico Los Primos Shah Alam pada hujung minggu ini ya. Selamat mencuba guys!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Makanan Mexico Los Primos Shah Alam”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *