Makan-makan di Buffet Dookki

14/03/2023 by No Comments

Makanan Korea sudah tidak asing lagi di Malaysia dan terdapat ramai penggemar makanan korea di sini. Jadi perkongsian pada kali ini sudah semestinya bakal menjadi berita gembira buat para penggemar makanan Korea semua. Hari ini Cik Min akan kongsikan tentang sebuah restoran yang berasaskan Korean buffet di Dookki untuk anda singgah makan-makan pada hujung minggu ini!

Terdapat kelainan pada restoran Dookki ini tau… Antara kelainan yang ada ialah, mereka menghidangkan Topokki secara buffet berkonsepkan all-you-can-eat selama 90 minit. Range harga pun berbaloi untuk setiap kepala dengan pelbagai jenis hidangan sampingan yang lain.

Maksud Dookki di Dalam Bahasa Malaysia

Makan-Makan di Buffet Dookki

Dookki merupakan bahasa Korea yang membawa maksud, dua hidangan dalam bahasa Melayu. Mereka telah memperkenalkan konsep dua hidangan yang berasal dari Korea Selatan yang bermula dengan hidangan Topokki buffet dan berakhir dengan nasi goreng Kimchi.

Para pelanggan diberikan masa selama 90 minit untuk makan apa sahaja yang mereka inginkan. Namun anda perlu ingat bahawa denda sebanyak RM20 akan dikenakan sekiranya makanan yang diambil tadi tidak dihabiskan. Jadi, pastikan anda ambil secara bersederhana dahulu ya! Orang tamak selalu rugi tau…

Harga dan Menu | Makan-makan di Buffet Dookki

Makan-Makan di Buffet Dookki

Harga buffet di restoran Dookki ini terbahagi kepada 4 iaitu dewasa, kanak-kanak, Student Special dan lunch special. Harga terkini adalah seperti berikut:

  • DewasaRM 39.80
  • Kanak-kanak – RM 19.80
  • Student special – RM 27.80
  • Lunch special – RM 29.80

Selain itu, terdapat beberapa menu sampingan yang turut disediakan di buffet Dookki ini seperti French fries, nuggets, mandu goreng, kimmari dan ayam goreng. Terdapat beberapa jenis ayam goreng dengan pelbagai perisa boleh didapati di sini juga tau! Korang wajib cuba.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa harga yang Cik Min senaraikan di atas ini adalah secara umum sahaja. Cik Min tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang penambahan caj harga lain yang dikenakan.

Bukan itu sahaja! Di sini, terdapat pelbagai jenis sos dan Topokki yang boleh anda pilih mengikut selera. Sos yang disediakan di sini boleh anda ambil mengikut tahap kepedasan masing-masing. Tidak lupa juga, sarung tangan pun ada disediakan di restoran ini bagi menjaga kebersihan secara menyeluruh.

Untuk bahagian Topokki pula, kakitangan restoran akan membantu anda dalam hal penyediaan base sup seperti yang dimahukan. Jadi, anda bolehlah sibukkan diri untuk memilih bahan-bahan topokki kegemaran seperti sayur-sayuran, bebola dan makanan laut. Fuhhh, mengiurkan sungguh bila difikirkan!

Jadi apa tunggu lagi? Jom makan-makan di buffet Dookki pada hujung minggu ini. Selamat menjamu selera! Untuk sebarang maklumat lanjut, pastikan anda lawati laman Facebook dan Instagram Dookki.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Makan-makan di Buffet Dookki”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *