Lokasi Terbaik Untuk Percutian

20/09/2022 by No Comments

Anda memerlukan idea lokasi untuk bercuti bersama tersayang ? Menginginkan tempat yang mempunyai pelbagai aktiviti? Lokasi yang sesuai untuk OOTD ? Mari saya senaraikan lokasi yang boleh anda lawati bersama ahli keluarga dan orang tersayang. Terdapat pelbagai lokasi terbaik untuk percutian yang wajib dilawati di Malaysia. Anda tidak perlu ke luar negara untuk menikmati percutian idaman. Ini kerana, negara kita mempunyai pelbagai tempat yang mampu menjadikan percutian anda seperti bercuti di luar negara.

Lokasi Terbaik Untuk Percutian | Malaysia

Skyworld Genting

Lokasi Terbaik Untuk Percutian
Kredit: Traworld

Skyworld merupakan salah satu lokasi terbaik untuk percutian. Hal ini demikian kerana, Skyworld  Genting merupakan tarikan terbaru di Malaysia yang berkeluasan 19 padang bola. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dicuba di taman tema tersebut. Ia mempunyai 9 kawasan outdoor yang terdiri daripada 26 rides yang boleh yang akan membuatkan anda ingin mencuba kesemuanya.

Antara 9 kawasan outdoor tersebut ialah Central Park, Studio Plaza, Eagle Mountain, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, EPIC, Robots Rivet Town, dan Ice Age. Central Park yang merupakan kawasan terbesar dalam Skyworld. Central Park merupakan kawasan yang anda boleh kunjungi ketika terasa lapar selepas penat bermain permainan yang disediakan. Ia mempunyai pelbagai jenis makanan yang anda boleh nikmati dari makanan berkonsepkan makanan Itali hingga makan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Di sini juga anda boleh membeli cenderamata untuk dibawa pulang.

Selain itu, Skyworld mempunyai Ice Age yang merupakan kawasan yang sesuai untuk keluarga  kerana kanak-kanak boleh bermain di playground yang disediakan. Ice Age bertemakan siri animasi Ice Age dan mempunyai 4 ride di dalamnya. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan Skyworld boleh klik di sini. Skyworld Genting beroperasi setiap hari bermula 11 pagi hinga 6 petang. Manakala harga tiket untuk masuk ke Skyworld adalah dari RM189 untuk maklumat lanjut boleh ke website ini .

Aktiviti yang terdapat di Skyworld Genting sangat sesuai untuk dijadikan sabagai salah satu lokasi terbaik untuk percutian bersama tersayang dan keluarga kerana mesra pengguna.

Lokasi Terbaik Untuk Percutian: Kampung Agong

Lokasi Terbaik Untuk Percutian
Kredit : syiera.osh

Selain itu, Kampung Agong juga merupakan lokasi terbaik untuk percutian. Hal ini kerana, Kampung Agong memberikan pengunjung mereka suasana kampung yang bebas dari kesibukan kota.Dalam hal ini, Kampung Agong merupakan homestay yang berkeluasan 10 hektar dan kawasan yang landai. Dengan keluasan homestay ini ia dapat memberikan kepuasan kepada anak-anak ketika mereka bermain.

Di samping itu, kawasan ini juga mempunyai tempat menarik dan cantik untuk mereka yang gemar bergambar atau OOTD. Hal ini kerana, homestay ini telah menyediakan prop untuk mereka yang ingin OOTD iaitu mempunyai 15 sarang burung gergasi, piono palsu, buaian, basikal tua. Ia juga mempunyai pondok makan untuk merasai makan dengan gaya kampung. Pada masa tertentu pula akan ada karnival yang berlangsung di kampung tersebut.

Kampung Agong beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Harga tiket yang dikenakan bagi warganegara adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Manakala, bagi pelancong asing pula harga tiket yang dikenakan adalah RM18 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak. Bagi mereka yang ingin merasai suasana kampung yang bebas dari kesibukan kota perlu menjadikan ini salah satu tempat yang wajib dikunjungi. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini.

Lokasi Terbaik Untuk Percutian: Hotel Ipoh Bali

Kredit: Zenhotels

Anda menginginkan suasana seperti berada di Bali dengan harga yang berpatutan? Ini merupakan salah satu lokasi terbaik untuk percutian ala Bali. Siapa sangka di tengah kesibukan kota terdapat sebuah hotel yang berada betul-betul di tengah Bandaraya Ipoh. Daya tarikan yang terdapat di Hotel Ipoh Bali ialah hiasan dalamannya yang berkonsepkan tradisional dan kayu seperti tempat-tempat penginapan yang terdapat di Bali.

Hotel ini merupakan sebuah bangle besar yang mempunyai 14 buah bilik yang boleh dikunjungi. Hotel ini turut menyediakan taman di dalam setiap halaman bilik. Suasana romantik yang wujud dalam setiap bilik juga bersesuaian untuk mereka yang datang berbulan madu atau sebarang majlis. Harga yang dikenakan bermula dari RM250 dan keatas untuk satu malam. Hotel ini bertempat di alamat 12, Lorong Cheah Lim, 30350 Ipoh, Perak. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik di sini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai lokasi terbaik untuk percutian yang boleh dilawati bersama orang tersayang. Pemilihan lokasi yang baik dapat menjadikan percutian impian anda tercapai dengan adanya sedikit maklumat yang saya dapat kongsikan. Oleh itu, sesiapa yang ingin mencari lokasi percutian yang terbaik boleh mencuba lokasi yang telah saya kongsikan. Selamat menikmati percutian yang anda impikan.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *