Lebuh Raya Paling Berhantu di Malaysia

10/02/2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu berlakunya satu nahas yang membabitkan 9 kenderaan yang menjadi punca utama kesesakan di Lebuh Raya Karak. Disebabkan berita tersebut, Cik Min terfikir untuk berkongsi dengan anda semua tentang Lebuh Raya Karak yang penuh misteri ini. Lebuh Raya Karak ini dikenali oleh orang ramai sebagai lebuh raya paling berhantu di Malaysia! Di lebuh raya ini juga pernah berlaku kemalangan besar pada tahun 1990, yang meragut 17 nyawa!

Mari ikuti perkongsian lanjut di bawah. Sebelum itu, informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada Facebook The Smart Local Malaysia dan portal My Tukar.

Lebuh Raya Paling Berhantu di Malaysia

Lebuh Raya Karak | Lebuh Raya Paling Berhantu di Malaysia

Rasanya semua tahu tentang Lebuh Raya Karak ini, bukan? Sekiranya anda melayari internet dan search saja mengenai lebuh raya ini, pastinya anda akan dapat membaca pelbagai cerita seram yang dialami oleh pengguna jalan raya tersebut.

Lebuh Raya Karak merupakan jalan raya sepanjang 60km antara Kuala Lumpur dan Karak. Lebuh raya ini, secara rasmi dikenali sebagai Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak E8. Selain itu, lebuh raya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan yang terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands. Lebuh raya ini pada asalnya merupakan lebuh raya dua lorong bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuh raya ekspres penuh pada tahun 1997.

Lebuh Raya Paling Berhantu di Malaysia

Cerita Seram dan Misteri

Di Lebuh Raya Karak ini sering berlaku kemalangan yang membawa maut. Kemalangan terbesar tidak diragukan lagi adalah kemalangan lebuh raya pada tahun 1990, di mana sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah lori, sebuah trak FRU, dua teksi, dan enam kereta yang menyebabkan 17 orang maut.

Oleh itu, tidak hairanlah beberapa cerita seram timbul di laluan khusus ini. Terdapat cerita yang sangat terkenal mengenai Lebuh Raya Karak ini iaitu, kereta Volkswagen Beetle Kuning.

Kereta Volkswagen Beetle Kuning

Seperti ceritanya, jika anda memandu di sepanjang lebuh raya paling berhantu di Malaysia ini terutamanya pada waktu malam, anda mungkin akan terserempak dengan kereta Volkswagen Beetle kuning tanpa pemandu. Terdapat dua variasi cerita yang popular.

Dalam versi pertama, Volkswagen dikatakan sentiasa muncul semula di hadapan kereta yang memotongnya.

Dalam versi kedua, Volkswagen akan menemui kereta yang ‘suka’ dan akan memotongnya secara agresif. Pemandu kemudian akan terkejut apabila melihat kereta itu memandu secara terbalik tanpa pemandu!

Lebuh Raya Paling Berhantu di Malaysia

Kisah Seram Lain | Lebuh Raya Paling Berhantu di Malaysia

Cik Min juga pernah dengar kisah seram yang lain di Lebuh Raya Karak ini antaranya tentang penampakan susuk perempuan yang memakai pakaian serba putih atau Pontianak semasa memandu di atas jalan raya ini. Selain itu, ada juga cerita seram lain tentang seorang kanak-kanak lelaki mencari ibunya yang hilang.

Jadi, tidak hairanlah kisah misteri Lebuh Raya Karak ini pernah dijadikan filem seram yang bertajuk Karak: Laluan Puaka yang diterbitkan pada tahun 2011.

Walaupun begitu, Lebuh Raya Karak masih menjadi lebuh raya utama yang sibuk dengan pengguna jalan raya. Namun, dinasihatkan bagi mereka yang memandu di lebuh raya ini lagi-lagi pada waktu malam agar lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang lebuh raya paling berhantu di Malaysia kali ini. Diharapkan artikel ini dapat memberi maklumat khususnya kepada pengguna Lebuh Raya Karak yang misteri ini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *