Latar Belakang Wan Azizah

05/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, latar belakang Wan Azizah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Ke-10 Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik pada PRU-15 baru-baru ini.

Fakta Mengenai Wan Azizah

Latar Belakang Wan Azizah
Gambar Sumber Sinar Harian

Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail merupakan ahli politik dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hingga tahun.

Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan politik tertinggi di Malaysia. Di peringkat parti pula, beliau pernah menjadi Presiden Pakatan Harapan. Wan Azizah sebelum ini juga pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1999 hingga 2008 dan merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dari Mac 2008 hingga 31 Julai 2008, dan kemudiannya dari Mei 2015 hingga Mei 2018, sebelum beliau mengosongkan kedua-dua jawatan tersebut mempercepatkan kepulangan suaminya Anwar Ibrahim ke pejabat politik.

Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura, yang ketika itu masih sebahagian daripada Tanah Melayu. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Nicholas Convent, Alor Setar.

Latar Belakang Pendidikan Wan Azizah

Latar Belakang Wan Azizah
Gambar Sumber Utusan Borneo Online

Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland pada tahun 1973 di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di peringkat universiti pula, beliau menerima anugerah Pingat Emas MacNoughton-Jones.

Selain itu, sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau telah menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjayanya pada 1993 apabila suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketika berumur 23 tahun beliau telah berkahwin dengan Dato’ Seri Dr. (HC) Anwar Ibrahim dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 26 Februari 1980. Pada mulanya tidak begitu direstui oleh bapanya Wan Ismail tetapi selepas mendapat anak pertama, hubungan kekeluargaan semakin akrab.

Seterusnya, Bapa beliau iaitu Dato’ Dr. Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bapanya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis. Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah bapanya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan.

Jelaslah bahawa, kehebatan Wan Azizah dapat dilihat dari pengalaman beliau dalam bidang politik sejak dahulu lagi dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia. Oleh itu, kita boleh mencontohi keperibadian yang beliau miliki.

Untuk membaca lanjut tentang latar belakang Wan Azizah, anda boleh klik di sini.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang latar belakang Wan Azizah pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Latar Belakang Wan Azizah” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *