Latar Belakang Nurul Izzah

09/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, latar belakang Nurul Izzah yang merupakan anak sulung kepada pasangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, bekas timbalan perdana menteri.

Fakta Mengenai Nurul Izzah

Latar Belakang Nurul Izzah
Gambar Sumber Astro Awani

Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menegaskan anaknya, Nurul Izzah, tidak akan menyertai Kabinet walaupun memegang jawatan kanan dalam parti komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penegasan itu dibuat dalam sesi temu bual rancangan 101 East terbitan stesen TV Al Jazeera tidak lama dahulu untuk menjawab pertanyaan wartawan kemungkinan mereka membina dinasti politik keluarga jika Nurul Izzah dilantik dalam Kabinet bersama ibunya, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Latar Belakang Pendidikan Nurul Izzah

Latar Belakang Nurul Izzah
Gambar Sumber New Straits Times

Nurul Izzah mendapat pendidikan terawalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika berada di sekolah menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Sri Hartamas dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Di peringkat universiti pula, beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak. Tetapi Nurul Izzah kemudiannya berpindah ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik serta menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004.

Seterusnya, Nurul Izzah menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan telah tamat pengajian pada Mei 2007.

Nurul Izzah sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahir pada Mei 2003 dan berpisah pada tahun 2015. Beliau telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15 tahun dan Raja Ahmad Harith, 13 tahun daripada perkahwinannya yang terdahulu. Namun, pada 5 Ogos 2022 beliau kembali bergelar isteri kepada pengkaji Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

Jelaslah bahawa, semangat yang dimiliki oleh Nurul Izzah diwarisi daripada kedua ibu dan ayah yang aktif dalam bidang politik sehingga kehari ini. Oleh itu, kita boleh mencontohi keperibadian yang beliau miliki untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Untuk membaca lanjut tentang latar belakang Nurul Izzah, anda boleh klik di sini.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang latar belakang Nurul Izzah pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Latar Belakang Nurul Izzah” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *