Latar Belakang Khairy Jamaluddin

13/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, latar belakang Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan calon UMNO yang telah bertanding bagi kerusi Parlimen P107(Sungai Buloh) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang lalu.

Fakta Mengenai Khairy Jamaluddin

Latar Belakang Khairy Jamaluddin
Gambar Sumber Sinar Harian

Dari Mei 2013 hingga Mei 2018, beliau pernah dilantik Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berkhidmat dari tahun 2008 hingga 2018 dan menantu kepada mantan Perdana Menteri Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Di samping itu, dalam dunia politik ini beliau adalah pemimpin muda yang muncul dalam arena politik ketika negara mengalami kemelut politik dan ekonomi pada tahun 1999.

Walaupun pada ketika itu kebanyakan pemimpin muda termasuklah pelajar di universiti tidak menyokong kerajaan, Khairy memilih untuk berhadapan dengan mereka bagi menerangkan situasi politik negara yang sebenar. Hal ini demikian kerana, keyakinan beliau dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional yang amat kuat.

Latar Belakang Pendidikan Khairy Jamaluddin

Latar Belakang Khairy Jamaluddin
Gambar Sumber Harian Metro

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi dari Universiti Oxford di England dan berazam untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu untuk menabur bakti kepada masyarakat.

Sekembalinya beliau ke Malaysia, Khairy memulakan langkah untuk berkidmat kepada masyarakat dengan menglibatkan diri secara aktif di dalam UMNO menerusi Pergerakan Pemuda.

Keputusan Khairy untuk mencuburi dalam bidang politik tidak menghairankan. Hal ini demikian kerana, Khairy merupakan cucu kepada Penghulu Abu Bakar, salah seorang pemimpin terkenal di Kampung Gadong dan Kota di Rembau.

Bapa Khairy iaitu Allahyarham Datuk Seri Jamaluddin Abu Bakar, merupakan antara putera Melayu yang terpilih sebelum Merdeka untuk belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sebuah institusi yang menghasilkan ramai pemimpin dan cendiakawan Melayu negara.

Allahyarham seterusnya menjadi seorang pegawai kanan di Kementerian Luar Negeri, dan mengakhiri kerjayanya sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom serta Kedutaan Besar Malaysia di Bandar Kuwait, Kuwait. Khairy merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan Jamaluddin dan Datin Seri Dato’ Rahmah.

Beliau juga telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Nori Abdullah serta telah dikurniakan empat cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, Raif Averroes dan Timor Abdullah serta  Ali Ridzuan Khairy yang merupakan anak angkat beliau.

Untuk membaca lanjut tentang latar belakang Khairy Jamaluddin, anda boleh klik di sini.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang latar belakang Khairy Jamaluddin pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Latar Belakang Khairy Jamaluddin” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *