Latar Belakang Anwar Ibrahim

25/11/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia. Beliau merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang amat disegani ramai. Jadi, jom kita kenali dengan lebih dekat tentang latar belakang Anwar Ibrahim ini.

Fakta Mengenai Latar Belakang Anwar Ibrahim

Beliau dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan anak kepada Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang merupakan merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO. Allahyarham ayah beliau telah menang bertanding dalam PRU 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang pada tahun 1958 hingga 1964. Manakala, ibu beliau iaitu Che Yan Abdul Hamid Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

Selain itu, beliau telah memulakan alam persekolahannya pada tahun 1954 di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang dalam aliran Bahasa Melayu. Kemudian beliau meneruskan lagi persekolahan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1960. Beliau juga merupakan Ketua Pengawas MCKK pada waktu itu.

Sewaktu di sekolah menengah pula, beliau aktif sebagai pemidato dan aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu serta telah menjadi wakil pembahas. Pada tahun 1968, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera).

Di samping itu, beliau telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan seorang penuntut di Royal Kolej Obsergence Duplin, Island. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti Petaling Jaya serta mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik. Dr Wan Azizah juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020.

Perkahwinan mereka dikurniakan dengan enam cahaya mata. Anak sulung pasangan ini, Nurul Izzah merupakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008 hingga 2018, dan Permatang Pauh pada 2018 hingga 2022.

Sedikit Sejarah Beliau Dalam Bidang Politik

Seterusnya, beliau juga pernah dilantik menjadi presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1968 hingga 1971.Kemudian beliau merupakan pengasas bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1971 dan telah dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Datuk Seri Anwar Ibrahim kali pertama dipenjara di Kamunting, Perak selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam gerakan pelajar pada tahun 1974 selepas mengetuai demostrasi pelajar terhadap kemiskinan dan kelaparan di kawasan luar bandar.

Selepas keluar dari tirai besi, beliau mengambil keputusan mengejut menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diketuai Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sejak 1981.

Beliau terus melebarkan sayapnya dalam UMNO, serta kerjaya politiknya menjadi cemerlang dan setahun selepas sertai parti keramat itu, beliau turut dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983.

Pada tahun 1984, beliau telah mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia sebelum menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986. Ketika itu, beliau berkemungkinan besar akan dilantik Timbalan Perdana Menteri setelah memegang portfolio Menteri Pendidikan.

Jelaslah di sini bahawa, dengan pengalaman yang diperoleh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Cik Min yakin beliau pasti menjalankan amanah yang telah diberi dengan sebaiknya. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah memberikan sokongan yang kuat kepada pemimpin kita untuk mentadbir negara ini ya!

Untuk membaca lanjut tentang latar belakang Anwar Ibrahim, anda boleh klik di sini.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang latar belakang Anwar Ibrahim pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Latar Belakang Anwar Ibrahim” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *