Laluan Kerjaya untuk Aircraft Engineer

July 29, 2022 by No Comments

“Apa tu Aircraft Engineer? Laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer ni apa pula? Aircraft Engineer ni bukan yang kerja duk baiki kapal terbang tu ke?”

Sebelum Cik Min kupaskan tentang laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer ini dengan lebih lanjut, terdapat SATU perkara penting yang ingin Cik Min sampaikan kepada anda yang berminat untuk bekerja dalam industri penerbangan.

Tahukah anda bahawa pasca pandemik COVID-19 tamat, syarikat penerbangan kini mulai mencari tenaga kerja baharu untuk mendalami industri penerbangan dan membantu menaikkan semula reputasi syarikat yang sudah lama terjejas?

Industri penerbangan ini sangat sesuai untuk diceburi kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kini, serta menjadi kerjaya rebutan di kalangan para pelajar lepasan SPM. Selain daripada pekerjaan seperti juruterbang dan krew kabin, Aircraft Engineer juga merupakan satu lagi kerjaya yang menjadi idaman para lepasan SPM.

Jadi, jika anda berminat untuk menyertai industri penerbangan dengan menjadi seorang Aircraft Engineer, maka perkongsian ini sememangnya khas buat anda.

Peranan Aircraft Engineer Dalam Industri Penerbangan

Aircraft Engineer berperanan dalam menyelidik spesifikasi reka bentuk pesawat dan peralatan sokongan yang berkaitan. Ia juga boleh melibatkan hal-hal pemasangan, ujian dan pengubahsuaian komponen kapal terbang.

Profesion ini turut terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan pesawat di bawah cabang pekerjaan kejuruteraan aeronautik, seperti melakukan pemeriksaan, menyelia penyelenggaraan, dan membaiki pesawat. Kerja-kerja ini biasanya dilakukan di pejabat, hangar pengeluaran kilang atau di makmal aeronautik.

Aircraft Engineer juga berperanan dalam melakukan sesuatu ujian terhadap pesawat bagi menguji prestasinya. Tujuan Aircraft Engineer melakukan uji cuba ini adalah untuk meningkatkan ciri keselamatan, meminimumkan penggunaan bahan api dan mengurangkan pencemaran alam sekitar

Berikut merupakan video perkongsian dan penjelasan ringkas tentang peranan Aircraft Engineer di bawah sebuah institusi swasta, YEG Academy melalui Aviation Career Malaysia.

Anda Pernah Dengar Tentang YEG Academy?

YEG Academy, atau nama penuhnya ‘Your Education Guidance’ merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang membantu para pelajar dalam pemilihan program pendidikan dan kerjaya.

Bukan itu sahaja, YEG juga turut membantu para belia untuk memilih bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kerjaya industri. Menarik kan?

Keperluan Menyertai Program Di Bawah Bidang Aircraft Engineering Melalui YEG Academy

Program Aircraft Engineering ini akan menekankan amalan penyelenggaraan standard dalam kerangka pesawat udara, avionik dan enjin, serta aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pesawat lain untuk memastikan kualitinya berada dalam tahap terbaik.

Melalui program ini juga, para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran seperti yang diperlukan oleh industri penerbangan khususnya, Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO) organisasi dan pesawat penerbangan berasaskan DCAM Bahagian 66 Kategori A.

Mata pelajaran yang ditawarkan pula adalah seperti Teknik Digital / Sistem Instrumen Elektronik, Asas Aerodinamik, Pesawat Turbin Aerodinamik, Struktur, dan Sistem; Helikopter Aerodinamik, Struktur dan Sistem; Enjin Turbin Gas, Enjin Omboh dan Kipas.

Selain itu, para pelajar juga akan diberikan tugasan tambahan seperti ‘membaiki kepingan logam’ sebagai persediaan untuk perkembangan kerjaya mereka sebagai bakal Aircraft Engineer.

Anda pasti terfikir bahawa syarat penyertaan program adalah ketat kan? Tetapi sebenarnya tidak! Syarat-syarat untuk mengikuti bidang ini teramatlah mudah seperti yang berikut:

  • ✔️ Lulus peperiksaan SPM.
  • ✔️ Menggapai sekurangnya 3 kredit.

Apakah Laluan Kerjaya untuk Aircraft Engineer Ini?

laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer

Bila sebut tentang “Aircraft Maintenance / Aircraft Engineer” maka kebanyakan individu akan terus menetapkan pilihan kerjaya seorang itu sebagai ‘Aircraft Engineer’ semata-mata. Tetapi sebenarnya, terdapat lebih banyak lagi prospek kerjaya di sebalik bidang tersebut tau…

Untuk pengetahuan anda, para pelajar yang menyertai program ini akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan pesawat oleh para tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman.

Pengetahuan dan kemahiran tersebut juga membolehkan para pelajar untuk menceburi kerjaya-kerjaya hebat seperti di bawah:

  • 1. Aircraft Maintenance Technician.
  • 2. Aircraft Maintenance Technician / Mechanic-Turbine / Piston Engine.
  • 3. Aircraft Component / Engine / Modification Technician.
  • 4. Programme Technical Representative.
  • 5. Aircraft Support Service Technician.
  • 6. Aircraft Components / Spare Trading.
  • 7. Aircraft Components Manufacturing Technician.
  • 8. Aircraft Product Development Technician / Officer / Researcher.

Jom kita tonton video di bawah ini untuk mengetahui maklumat lanjut tentang laluan kerjaya untuk Aircraft Engineer:

Apa Kata Para Pelajar Aircraft Engineering di YEG Academy, Aviation Career Malaysia?

Aircraft Engineering di YEG Academy telah melahirkan ramai pelajar yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi. Buktinya, anda boleh lihat melalui testimoni laluan kerjaya untuk pelajar Aircraft Engineer seperti yang Cik Min kongsikan di bawah ini.

Adakah Golongan Wanita Sesuai untuk Menyertai Bidang Ini? | Laluan Kerjaya untuk Aircraft Engineer

Untuk pengetahuan semua, golongan wanita juga boleh menyertai bidang ini tau! Tiada masalah, asalkan anda benar-benar berminat untuk belajar. Berikut pula merupakan sebuah video testimoni yang boleh anda tonton sebagai rujukan.

Bagi mereka yang ingin menelusuri bidang penerbangan ini dengan lebih mendalam, anda boleh hubungi YEG Academy di talian 03-6143 5073 atau KLIK DI SINI untuk sebarang info lanjut.

Tidak lupa juga, anda boleh melayari laman Facebook YEG Academy dan Instagram YEG Academy untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program-program pendidikan lain yang turut mereka tawarkan. Selamat maju jaya semua!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Laluan Kerjaya untuk Aircraft Engineer”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published.