LaLaport Pertama di Asia Tenggara

02/03/2023 by No Comments

Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) yang telah beroperasi sejak 20 Januari 2022 menampilkan konsep gaya hidup Jepun dengan berinspirasikan Modern Simplicity dan Japanese Flavour. LaLaport pertama di asia tenggara ini hadir dengan tema alam semula jadi, menempatkan sebanyak 400 kedai fizikal yang dibuka secara berperingkat.

Ini adalah pusat membeli-belah LaLaport pertama syarikat hartanah terkemuka Jepun, Mitsui Fudosan Co Ltd menerusi anak syarikatnya di Malaysia, Mitsui Fudosan Bukit Bintang Centre City (MFBBCC). Syarikat-syarikat ini ditubuhkan secara bersama UDA Holdings Berhad, Eco World dan KWSP selaku sokongan kepada subsidiari Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, selain Malaysia, perluasan LaLaport juga turut tersedia pada cawangan di Shanghai dan juga Taiwan.

Senarai Tempat Menarik di LaLaport

1. Gourmet Street

Di Gourmet Street, ia menyediakan pelbagai jenis restoran dan kedai makan dan minuman dengan konsep kasual. Garden Dining pula merupakan kawasan medan selera yang memberikan pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka untuk pengunjung yang ramai di Aras 4, serta mempunyai kapasiti 1,400 tempat duduk.

LaLaport Pertama Di Asia Tenggara
Sumber: theStar

2. Nojima | LaLaport Pertama di Asia Tenggara

Jenama terkenal Nojima adalah antara produk yang diterbangkan khas buat kali pertamanya ke Malaysia dari Jepun. Nojima merupakan outlet yang menjual barangan teknologi dan peranti kelengkapan elektrik dan elektronik berkualiti dan terdapat juga produk perkakasan rumah.

3. Nitori | LaLaport Pertama di Asia Tenggara

Terdapat juga beberapa jenama yang pertama kalinya didengar oleh rakyat Malaysia, antaranya adalah Nitori. Nitori ialah premis yang menjual barangan kelengkapan perabot dan keperluan rumah yang diterbangkan khas dari Jepun.

4. Central Rooftop Garden

Selain daripada pelbagai outlet membeli-belah, LaLaport BBCC juga mempunyai kelainan kepada pengunjung yang datang dengan menyediakan Central Rooftop Garden yang berkeluasan 1,700 meter persegi. Ia merupakan kawasan terbuka dengan pemandangan indah dengan suasana bangunan pencakar langit di sekitarnya.

4
Sumber: dboystudiomy

5. Star Child

Selain itu, Star Child, sebuah pusat pendidikan seperti sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pembelajaran intelektual gaya Jepun juga ada di sini. Setakat ini, kemudahan Star Child hanya tersedia di LaLaport Malaysia. Buat warga kota Kuala Lumpur, anda boleh dapatkan kemudahan pendidikan yang berkonsep Jepun ini buat anak-anak tercinta.

Pusat beli-belah ini juga dihubungkan dengan hab hiburan Bukit Bintang City Center (BBCC) di sebelah timur yang terdiri daripada Golden Screen Cinemas, Zepp Kuala Lumpur, Malaysia Grand Bazaar dan Grand Banquet Hall.

Kemudahan di LaLaport Pertama Asia Tenggara

LaLaport juga akan menyediakan satu aplikasi yang diberi nama LaLaport MY Mobile yang akan memudahkan pengunjung untuk memperoleh maklumat terkini. Dengan infrastruktur serba lengkap seperti surau, tempat persalinan bayi dan tandas OKU, LaLaport menjanjikan kemudahan buat seisi keluarga ketika berkunjung ke sini.

Ciri lain seperti Wi-Fi percuma dan tempat mengecas komputer serta telefon pintar juga turut disediakan bagi memastikan pengunjung mendapatkan pengalaman memuaskan dengan berlatar belakang tumbuh-tumbuhan hijau.

Jika mempunyai kelapangan dan merancang untuk ke ibu kota nanti, pastikan anda meletakkan LaLaport Mall Bukit Bintang ke dalam senarai destinasi wajib dikunjungi semasa percutian. Cik Min pasti, tempat hebat ini amat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “LaLaport Pertama di Asia Tenggara”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *