Lagu Baharu Dato Seri Vida
Selepas beberapa jam peminat menanti dengan penuh sabar, usahawan kosmetik Dato Seri Vida (DSV) akhirnya melancarkan muzik video (MV) single baharu yang berjudul ‘Ku Ikhlaskan’ di saluran YouTube miliknya. Lagu baharu Dato Seri Vida tersebut dilancarkan pada pukul 3 pagi, Isnin yang lalu.
MV lagu ciptaan Amy Ukays dan lirik dihasilkan sendiri oleh DSV itu menampilkan gaya dan personaliti dirinya yang sedikit berbeza, sesuai dengan konsep meruntun jiwa yang ingin disampaikan dalam karya tersebut.
Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua mengenai review serta reaksi netizen yang menonton lagu ‘Ku Ikhlaskan’ ini. Sebelum itu, informasi berguna ini Cik Min dapatkan daripada portal Oh My Media (OMM) dan Mstar.
MV “Ku Ikhlaskan”- Lagu Baharu Dato Seri Vida
Lagu baharu yang bertajuk Ku Ikhlaskan ini mempamerkan pelbagai emosi dan diselitkan juga kisah peribadi Dato Seri Vida sendiri.
“Ini bukan sekadar kisah peribadi, tapi sarat dengan emosi duka lara yang dialami oleh insan bernama DSV. Keperitan, kehilangan, kecaman bertubi-tubi saya hadapi. Sekecil perkara diambil kira.. sebesar hama ditimbang tara.” tulis pemilik nama Hasmiza Othman itu.
Menerusi ruangan komen, MV berdurasi lima minit 22 saat itu dihujani pelbagai reaksi di mana rata-rata memuji keasyikan lirik dan penghayatan DSV yang penuh emosi sehingga menyentuh hati penonton.
Selain itu, MV tersebut juga meraih perhatian ramai apabila DSV tampil dengan lapan kostum unik serta solekan yang artistik.
Menelan Kos Perbelanjaan Sebanyak RM400,000
Menurut Dato Seri Vida, kos lagu dan MV tersebut menelan belanja sebanyak RM400,000 dan penggambarannya mengambil masa selama lima hari dan ia dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highland.
DSV juga berharap MV tersebut memperoleh seramai tiga juta tontonan dalam sehari.
Katanya, ia juga adalah usaha untuk mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahdah miliknya sebagai saham akhirat.
“Ini adalah usaha saya untuk kumpul dana pusat tahfiz saya dan saham akhirat, juga akan disalurkan kepada yang memerlukan apatah lagi kita menghampiri Ramadan.”
Reaksi Netizen
Cik Min lihat rata-rata netizen di media sosial amat berminat dengan MV Ku Ikhlaskan ini. Di bawah merupakan contoh tweet bagi MV lagu baharu Dato Seri Vida ini.
“ku ikhlaskan the best !! action dlm mv tu superb !! and part alice in wonderland tu creative giler !! dh repeat bpe kali dah🤣 datoserivida #kuikhlaskan.”
“Dah dengar tak lagu ni ? Mula2 bosan do, makin lama dengar makin sedap 😝.”
“Aku suka video klip Dato Seri Vida – Ku Ikhlaskan ni. Penuh dramatik. Kreatif. 😂.”
Selain itu, ada juga yang menyatakan mereka berasa seram sejuk apabila menonton sendiri MV lagu Ku Ikhlaskan ini.
“mv dato seri vida tu srs takut weh😭.”
“Ghisau juga tengok MV Dato Seri Vida.”
“saya amat sangat takut selepas menonton mv dato seri vida 😩”
Sehingga kini, MV yang mencecah kos perbelanjaan sebanyak RM400,000 itu meraih hampir 200,000 tontonan dan 14,000 tanda suka dalam kalangan penonton.
Setakat ini sahajalah perkongsian daripada Cik Min tentang lagu baharu Dato Seri Vida pada kali ini. Bagi anda yang belum tonton lagi MV ini, Cik Min sertakan pautan YouTube di bawah ya. Selamat menonton!
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem