Kuih Raya yang Wajib Ada Ketika Aidilfitri

28/03/2023 by No Comments

Marhaban Ya Ramadan! Ramadan telah pun tiba dan pastinya umat Islam di seluruh dunia kini sedang berlumba-lumba melakukan ibadah dan mengumpul pahala sebanyak mungkin di bulan yang mulia ini. Cik Min juga pasti, ramai juga yang sudah mula membuat senarai kuih raya pada tahun ini kan? Kalau anda masih tak ada idea, jom Cik Min senaraikan beberapa jenis kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri.

Bercerita tentang kuih raya sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita semua rambang mata. Terus terbayang di fikiran pelbagai jenis kuih yang ada, dan mana satu yang bakal dimasukkan ke dalam list kuih raya pada tahun ini. Jadi, anda dah bersedia untuk mengetahui kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri atau belum? Jika ya, jom kita mulakan!

7 Kuih Raya yang Wajib Ada Ketika Aidilfitri

1. Tart Nenas

Kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri
Sumber: Expedia

Fuh, tart nenas ni memang kuih yang sangat terkenal dan sentiasa menjadi target utama para tetamu ketika berhari raya. Kalau tart nenas ni tidak kelihatan pada hari raya aidilfitri tahun ini, memang hilang mood raya wei

Teksturnya yang gebu, dengan inti yang seakan-akan cair dalam mulut ini membuatkan kuih ini sebagai all-time-favorite para tetamu yang menziarah. Senang cerita, setiap kali dihidang, pasti auto hilang!

2. Almond London

Kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri
Sumber: SAJI.MY

Almond London atau nama asalnya Almond Land On, merupakan sejenis kuih moden yang paling diminati ramai. Bukan kanak-kanak je suka benda alah ni ya! Semua warga dewasa dan peringkat umur pun suka benor kalau terjumpa kuih ni.

Ia sudah telah terkenal sejak 20 tahun yang lalu tau! Cik Min pun agak terkejut juga pada mulanya, sebab Cik Min betul-betul ingat kuih ini berasal dari London. Rupa-rupanya nama sebenarnya adalah berbeza daripada sebutan kita selama ni, haha

3. Biskut Kacang Mazola

Kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri
Sumber: Expedia

Biskut Mazola ini pula merupakan antara kuih raya yang menjadi kegemaran semua peringkat umur. Cik Min juga salah seorang penggemar biskut mazola ini sebab rasa kacang dan menteganya tu memang lurve! Jika ada satu balang depan mata, berikan masa selama satu jam kepada Cik Min, dan balang tersebut confirm licin punyalah.

4. Semperit Susu

Kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri
Sumber: Expedia

Semperit Susu ini juga digelarkan sebagai biskut dahlia, kerana rupanya yang seakan-akan bunga dahlia. Jadi korang jangan bergaduh pula tentang nama kuih ni ya! Ha, kuih raya legend ini memang termaktub statusnya dan turut dianggap sebagai kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri tau…

5. Sarang Semut

Kuih Sarang Semut ini mempunyai nama yang unik kerana bentuknya yang seakan-akan seperti sarang semut dan ber-toppingkan chocolate rice di atasnya. Pssst, jangan bagi anak-anak nampak kuih raya ni! Confirm tetamu yang lain tak sempat merasa kalau anak-anak dah nampak kuih ni dulu.

6. Cornflakes Madu

Sumber: SAJI.MY

Nama Cornflakes Madu ini sangat sinonim dengan cara pembuatannya yang menggunakan Cornflakes dan Madu. Zaman sekarang, walaupun bahannya mudah didapati, tetapi harganya agak tinggi tau…

Jadi, pastikan korang rajinkan diri untuk buat sendiri kalau nak kurangkan bajet kuih raya pada tahun ini. Tapi kalau nak mudah, pergi beli aje dekat kedai tu. Sambil-sambil tu kita support perniagaan lokal juga, tak gitu?

Amaran: Kuih raya ini akan lesap sekelip mata tanpa khabar berita apabila dihidangkan!

7. Kuih Kapit

Kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri
Sumber: SAJI.MY

Kuih Kapit ini pula sangat terkenal pada zaman dahulu dan tidak mempunyai inti pada asalnya. Namun melalui peredaran zaman dan kreativiti masa kini, kuih ini sekarang sudah mempunyai inti chocolate, peanut butter dan banyak lagi! Memang sesuai buat kudap-kudapan para tetamu yang hadir.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak lagi jenis kuih raya yang wajib ada ketika Aidilfitri nanti. Tetapi, Cik Min hanya senaraikan antara kuih kegemaran Cik Min sahaja ya! Kalau korang ada idea kuih raya yang lebih menarik, jom konsikan bersama Cik Min di ruangan komen di bawah.

Akhir kata daripada Cik Min, selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya dan selamat hari raya!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kuih Raya yang Wajib Ada Ketika Aidilfitri”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *