Kisah Inspirasi Khairul Aming

30/09/2022 by No Comments

Kisah inspirasi Khairul Aming telah menjadi topik perbualan hangat baru-baru ini. Nama Khairul Aming tidak asing lagi di halwa telinga masyarakat kini. Siapa je yang tak kenal dengan Khairul Aming kan? Dengar sahaja tagline ‘Hey What’s up guys’ atau ‘Sambal Nyet’ pasti semua kenal siapa kan? Khairul Aming dikenali sebagai seorang influencer yang menghasilkan konten resipi masakan ringkas dan kini dikenali sebagai usahawan muda yang berjaya.

Baru-baru ini Khairul Aming telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun. Beliau turut berkongsi kisah hidupnya iaitu perjalanan selama 10 tahun. Video perkongsian tersebut yang berdurasi selama lima minit telah mendapat perhatian ramai. Melalui perkongsian tersebut, ramai yang telah terinspirasi oleh kejayaan usahawan muda ini. Jom tengok kisah inspirasi Khairul Aming.

Kisah Permulaan Khairul Aming

Sumber: https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/6951623802912558338

Khairul Aming dikenali sebagai seorang influencer pada mulanya dan sebagai usahawan muda berjaya pada hari ini, namun dalam kejayaan tersebut beliau turut menghadapi jatuh bangun dalam kehidupannya. Bagi yang telah mengikuti kisah beliau sejak dari awal pasti tahu Khairul Aming bermula dengan content creator iaitu menghasilkan video resipi masakan ringkas yang kemudiannya telah mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

‘Hey What’s up guys’ merupakan tagline terkenal yang digunakan oleh Khairul Aming pada setiap permulaan video resipi masakannya. Tagline tersebut menjadikan setiap konten beliau semakin dikenali ramai di samping konten video itu sendiri yang menarik dan kreatif. Dengar sahaja tagline ‘Hey What’s up guys’ , tidak lain tidak bukan pasti Khairul Aming lah gerangannya.

Khairul Aming Kongsi Perjalanan 10 Tahun

Sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini, Khairul Aming telah berkongsi video perjalanan kehidupannya daripada umur 20 tahun ke umur 30 tahun. Beliau juga melalui liku-liku kehidupan sama seperti kehidupan orang lain. Lebih-lebih lagi untuk sampai ke tahap sekarang tidaklah semudah yang dilihat. Disebalik kejayaannya, pelbagai halangan dan kegagalan yang telah ditempuhinya.

Berkat kesabaran dan semangat yang tinggi, beliau berjaya menghasilkan produk sendiri iaitu “Sambal Nyet” yang dahulunya dikenali sebagai “Sambal King”. Pemasaran semula produk tersebut adalah selepas menambahbaik dan memperbaiki kegagalan yang terdahulu. Khairul Aming juga memanfaatkan platform media sosial yang ada dengan sebaiknya untuk memperkenalkan produk baru beliau.

Penat lelah beliau akhirnya terbayar apabila produk Sambal Nyet telah berjaya dijual sebanyak 1.2 juta botol melalui aplikasi Shopee dengan jumlah hasil jualan iaitu sebanyak RM16.8 juta. Kejayaan beliau juga dapat dilihat apabila di usia 30 tahun, beliau telah mempunyai 2 buah kilang sendiri dan bakal melancarkan produk baharu yang semestinya dinantikan-nantikan oleh orang ramai.

Wajarlah Khairul Aming dikenali sebagai seorang influencer dan usahawan muda yang berjaya kerana di usianya 30 tahun, beliau telah mencapai pelbagai kejayaan dalam hidupnya. Kegagalan, jatuh, bangun yang dilaluinya merupakan punca kejayaannya sekarang. Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai kisah inspirasi Khairul Aming dan perjalanan kehidupannya selama 10 tahun, boleh Klik sini.

Khairul Aming Cetus Inspirasi

Perkongsian video perjalanan 10 tahun yang berdurasi selama lima minit itu telah mencetuskan semangat dan inspirasi buat ramai orang. Rentetan perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga serta terinspirasi dengan kejayaan yang telah diperoleh Khairul Aming. Mana tidaknya, dalam masa 10 tahun beliau telah mencapai pelbagai kejayaan dan merasai bermacam pahit manis kehidupan.

Bagaimana orang ramai tidak terinspirasi dengan Khairul Aming? Pada usia 26 tahun sahaja, beliau telah menghasilkan produk sendiri iaitu “Sambal King”. Walaupun produk beliau pada ketika itu menemui kegagalan pada awalnya, namun beliau tidak pernah berputus asa. Malah beliau mengkaji punca dan memperbaiki kegagalan tersebut sehinggalah terhasilnya “Sambal Nyet” di usia beliau 29 tahun.

Dalam masa 10 tahun, beliau telah melakukan bermacam-macam perkara yang menjadi asbab kejayaan beliau pada hari ini. Pada usia 30 tahun beliau telah memiliki 2 buah kilang yang memasarkan produknya sendiri. Untuk menjadi usahawan muda yang berjaya seperti Khairul Aming dengan memiliki 2 buah kilang bukanlah mudah. Wajarlah jika perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Min sendiri pon sangat terinspirasi dengan perjalanan hidup Khairul Aming.

Untuk memperoleh kejayaan seperti usahawan hebat Khairul Aming, perlunya kesabaran dan kecekalan hati dalam menempuh setiap onak duri kehidupan. Kita juga perlu sentiasa memotivasikan diri agar setiap cabaran dan kegagalan yang dihadapi dapat ditangani dengan sebaiknya. Kenapa Min cakap macam tu? Sebab hasil tak kan mengkhianati usaha!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kisah Inspirasi Khairul Aming” pada kali ini. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal CeritaMalaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *